|
REVIEW : PILOT CAFE
Assalamualaikum . dah tengok Pilot Cafe ? yang mana dah tengok kat cinema tu pasti berpuas hati kan . okay yg mana tak tengok lagi tu boleh je langgan di Astro First ,ataupun kalau nak yg free boleh je watch online di website ni klik ini .hehee aku baru lepas tengok . memang berpuas hati .siapa kata Malaysia tk boleh buat filem yang best ?? meh la support bakat Malaysia sikit kann .
okay apa yg aku dapat dari cerita ni memang banyak .
apa itu ikhtilat ? ia adalah perhubungan antara lelaki dan wanita. dimana kita disuruh untuk menjaga hubungan agar tidak melampaui batas .kalau tak jaga haa macam dalam cerita ni lah jadinya . yang lelaki mengandungkan anak orang . perempuan pula merelakan perbuatan yg dilakukan oleh lelaki hanya disebabkan rasa sayang dan cinta yg belebihan.
berkasih kasihan tak salah . Allah sendiri yg menciptakan rasa sayang tu dlm diri kita . gunakanlah ke jalan yg betul . kalau couple, cubalah jangan berdating selalu . takut syaitan jadi orang ketiga dan hembuskan nafsu utk kita melakukan maksiat . cukuplah setakat tahu "Aku sayang kau dan Kau sayang aku".
dalam cerita ni memang jelaslah ucapan sayang dan cinta je tk mampu nk buktikan segalanya . apabila mengetahui sudah mengandungkan kekasih lantas tidak mahu bertanggungjawab . Inikah yg dinamakan cinta sejati ? makanya perempuan sekarang kenalah berwaspada . cerita di dlm filem adalh berdasarkan kehidupan realiti kita . tengoklah betapa ramai anak muda sekarang yg telah terlanjur seterusnya yg mengalas semua beban adalah perempuan . kerana malu dan tak sanggup lalu menggugurkan anak ataupun lepas bersalin meninggalkan anak di dlm lubang tandas dan sebagainya . perempuan kena jaga diri kita . kalau sayang ajak lelaki masuk meminang je hehee
ingatlah , "DUIT TAK MAMPU BELI CINTA SEJATI" . lebih kurang ini baris kata yg disebut oleh Neelofa dlm cerita ni .kau kaya macamana sekalipun jangan pergunakan kekayaan kau utk meraih cinta seseorang .
antara pengajaran yg aku dapat dlm movie Pilot Cafe ni .aku dulu pun macam orang lain juga . manusia biasa . tak lari dari kesilapan . tambah tambah psl ikhtilat ni . baru aku faham kenapa mak abah larang sgt aku keluar dgn yg berlainan jantina . macam macam boleh jadi kalau kita tak jaga.
sama samalah kita mengingati antara satu sama lain .
byee ♥
|
tak tengok lagiii
zz suka quote neelofa "Duit tak mampu beli cinta sejati".. sob2...
tetibe rsa sedih pulak
BELUM TENGOK LAGI NI NANTI DOWNLOAD DI GANOOL KALAU ADALAH..HEE
TNGA TENGOK ONLINE CITER NIE..NOT BAD.....SAMBIL NGADAP ESAIMEN SAMBIL LAYAN MUVIE..HEHE
Wuu x tgk lagiii
Post a Comment