Farah 'Adila
Girlies in De House ♥
refresh profile fav blog recipes tips review



established 2011
FROM A GIRL TO A LADY
FROM SINGLE TO MARRIED ☺
Alhamdulillah Allah bawa awak kesini untuk berkenalan dengan saya . Terima kasih ☺

FOR ANY COLLABORATION, REVIEW AND ADVERTORIAL CONTACT ME AT
✓ email: syadila11@gmail.com
✓ whatsapp: 0182894220
✓ ig : @farahadila96






SPM 9A
MASUK U
SPA (KKM)
KERJA TETAP
KAHWIN



RESEPI : nasi ayam homemade


Hi Assalamualaikum...

semalam teringin pulak nak makan nasi ayam . tengok semua bahan , ok ngam ! semua ada ☺️ bermulalah projek nasi ayam kita . resepi yang farah gunakan semua senang2 . untuk korang yang new learner in cooking memang boleh try 👍

okay, sementara tunggu ayam defrost farah sediakan dulu bahan bahan yang lain .


bahan- bahan

❤️ no 1 adalah bahan-bahan untuk membuat sup 
🍂 bawang putih dipotong
🍂 bawang besar diblend
🍂 sediakan sup bunjut /serbuk sup 
 farah guna serbuk perencah sup keluaran Adabi

no 2 adalah bahan-bahan untuk membuat nasi
🍂 bawang putih ditumbuk halus
🍂rempah sekawan : kulit kayu manis, buah pegaga dan bunga lawang
🍂 serai diketuk
🍂 butter / marjerin
farah guna marjerin je . marjerin Adela 🤭
🍂 kiub ayam maggi
🍂 sedikit serbuk kunyit nak bagi nasi berwarna kuning

no 3 adalah bahan-bahan untuk perap ayam
🍂 bawang putih dan halia ditumbuk halus
🍂 sediakan kicap manis, sos blackpepper, dan serbuk blackpepper
🍂 serai dipotong

no 4 adalah bahan-bahan untuk membuat kuah cili
-SEMUA BAHAN INI DIKISAR-
🍂 cili merah besar
🍂 cili padi merah 5 tangkai
🍂 bawang putih
🍂 halia
🍂 sebiji tomato
🍂 gula dan garam

korang sediakan dulu semua bahan macam yang farah listkan di atas untuk memudahkan kerja dan menjimatkan masa 😉

cara-cara

first, farah perapkan ayam dahulu . 
🌹campurkan kesemua bahan tadi dan gaul sebati.
🌹masukkan dan gaul ayam sampai semua ayam disalut dengan bahan perap tadi . 
macam ini
🌹perap selama ½ jam

second, farah buat kuah cili
🌹bahan-bahan semua diblend . blend dengan air sedikit tau.
🌹lepas blend, farah masakkan atas api sekejap . farah tak masukkan semua tau . farah tinggalkan sedikit bahan blend untuk buat kuah kicap nanti 
🌹okay kuah cili dah siap 😊

then farah buat kuah sup pulak
🌹didihkan air dan masukkan bawang putih.
🌹farah ambil sedikit isi ayam dan masukkan ke dalam kuah sup . nak bagi rasa ayam sikit
🌹kuah dah menggelegak farah masukkan perencah sup Adabi .
🌹perasakan dengan garam
🌹dah sedap boleh tutup api dan tabur daun sup dan daun bawang

jom kita buat nasi pulak
🌹farah basuh dulu beras dan toskan .
🌹gunakan periuk rice cooker , masukkan butter atau marjerin dan panaskan .
🌹masukkan bawang putih dan rempah sekawan serta serai .kacau sampai naik bau ye
🌹masukkan kiub ayam maggi
🌹masukkan pula beras dan gaul sebati .biarkan sekejap semua meresap dalam beras
🌹then farah ambik lebih kurang 1 pot kuah sup tadi dan masukkan dalam periuk nasi .
🌹seterusnya tambah dengan air biasa ikut sukatan beras dan air. ratio farah , beras 2 : air 3
🌹masukkan garam dan sedikit serbuk kunyit
🌹angkat dan masak dalam rice cooker dan tunggu sampai nasi masak 😋

dah lebih ½ jam kot, jom kita buat kuah kicap pulak
🌹ambil sedikit kuah cili blend tadi dan masukkan dalam kuali
🌹ambil bahan perapan ayam tadi dan campurkan dengan kuah cili tadi
🌹tambahkan lagi kicap manis ke dalam kuali
🌹masak atas api
🌹siap ☺️

last, jom goreng ayam 👍
maafkan kejadiannya . ayam diperap dengan kicap so goreng jadi warna gitu 🤭

siap dah . boleh hidang dan makan dengan yang tersayang 😊

Alhamdulillah encik hubby makan bertambah tambah ☺️ 

SELAMAT MENCUBA !

terima kasih kerana menjengah ✨

love,
faradila ❤️





Blogger Cik Jaja said...

antara menu ringkas tp sedap kan nasi ayam ni! tp jaja xreti masak pun hahaha so boleh ambik resipi ni :)

 
Blogger Unknown said...

boleh . resepi untuk dikongsi ☺️ boleh cuba bila2 nanti jaja

 
Blogger ini kisahnya said...

sedapnyaaaa.. lama dapur tak berasap ni..

 
Blogger Siti Yang Menaip said...

pandainyaaaa dia masak..!! kalo cheq memang x jadi2 laaa nasi ayam..

 
Blogger Unknown said...

ikut resepi juga baru pandai 😊

 

Post a Comment