Farah 'Adila
Girlies in De House ♥
refresh profile fav blog recipes tips review



established 2011
FROM A GIRL TO A LADY
FROM SINGLE TO MARRIED ☺
Alhamdulillah Allah bawa awak kesini untuk berkenalan dengan saya . Terima kasih ☺

FOR ANY COLLABORATION, REVIEW AND ADVERTORIAL CONTACT ME AT
✓ email: syadila11@gmail.com
✓ whatsapp: 0182894220
✓ ig : @farahadila96






SPM 9A
MASUK U
SPA (KKM)
KERJA TETAP
KAHWIN



Practical Experienced Sem 1




Assalamualaikum :) setelah berapa lama tak update .

taknak panjangkan mukadimah .jom masuk tajuk utama ;)
nak kongsikan pengalaman praktikal nursing Sem 1 di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh (HRPB)

actually ada 2 kali practical untuk sem 1 ni dan ini praktikal yg pertama . pertama kali, confirmlah semua orang excited, takut and semua feeling lah datang . for me, sangat takut dan excited .takut sebab taktahu apa yg perlu dilakukan dlm wad even kita tahu staff nurse akan beri tunjuk ajar tp tu semua tak boleh nk buang perasaan takut nih . yelah , kena cepat bertindak kalau ada sesuatu berlaku and itu lah paling ditakuti huhuk .and ofcos excited sebab selalunya kita cuma belajar theory but kali ni boleh tengok sendiri abnormal yg berlaku dekat pesakit .

untuk Sem 1, kitorang perlu buat
-bed making.
-observe patient . iaitu ambil tekanan darah patient, kira nadi, respiration ,dan juga suhu . setiap 4 jam .
-feeding patient.
-tukar pampers, basuh B.O (berak) dan P.U ( kencing) patients .
-bandaging
-Last Office
kitorang kena dapatkan cross( tandatangan) dlm setiap yg kitorang buat utk melayakkan diri ke sem setrusnya . maknanya dlm kelas kita kena score, practical pun kena score .

first day, our CI (clinical instructor) cuma beri briefing then bawak orientasi satu hospital .bapak penat sebab hospital tu besar kot .fuhhh but lega lah sebab hari pertama tak buat kerja lagi ,hehee
second day in week 1st, baru masuk wad .farah dapat wad Ortopedik Lelaki for the first week , wad 4A . kitorang cuma observe je dulu sebab taktahu lagi apa yg perlu dibuat . then hari ke 3, 4 baru pandai buat kerja :) .dibantu pula oleh pelajar KKM KSKB Sultan Azlan Shah Nursing dan MA ,semua benda jadi lebih mudah . terima kasih :)

2nd week - wad perempuan Medical, 1B
perghh sangat menguji ketahanan fizikal dan mental .sebab apa saya cakap gini ? okayy budak KKM dh habis practical .cuma ada seniors UNIKL . dan seniors sem 3 sangat membantu so thankyou akak akak :) .lepastu nak kena berhadapan dgn patients yg kencing manis ,TIBI, kencing tikus . selalu terlupa untuk contact precaution, pakai mask gloves and cuci tangan dgn hand rub yg disediakan oleh hospital . dengan patients yg ramai , family relatives yg ada membantu dan ada juga yg pandai mengarah je .itu sangat menguji .

3rd week - wad perempuan , Surgical, 2B
wad ni sangat best . sebab tak busy hehee . dan patients ramai discharged berbanding admission so patient tak ramai . nak tukar pampers, buat B.O dan P.U pun tak perlu sebab patients semua boleh jalan sendiri :D . memang wad ni sangat best .

4th week - wad perempuan, Medical, 8B
kembali kepada wad yg busy . wad ni lah wad yg paling ramai patients . dgn semuanya tak boleh berjalan ke toilet .terlantar atas katil . dan juga paling memeritkan , TIADA SENIORS . cuma students sem 1 dan staff nurse . dengan Allah uji dgn Sister yg garang . kerja pulak dgn ikut shift. shift pagi 5 org ,shift petang 5 org . boleh bayang lah teruknya kitorang . memang tak menang tangan nk buat kerja .tapi kitorang anggap ini semua dugaan belajar . biasalah tu kalau kena marah dgn sister and patient relative . baru belajar kan :)

5th week - wad perempuan, Ortopedik, 4B
busy jugak tp kurang lah . B.O P.U tu biasalah .cuma di minggu nilah dapat experience yg memang tak boleh lupa sampai bila bila . buat Last Office iaitu uruskan mayat di wad 6B, wad plastic surgery .first buat tu memang tak takut tp bila CI pesan macam macam like balik nanti terus mandi, baju jangan rendam sampai pagi , kena terus sidai and tidur bacalah ayat kursi ,yasin . ini yg buatkan rasa takut sikit lah sebab CI semua ada pengalaman sendiri lepas buat L.O .huhuk ,tp Alhamdulillah balik tuh tak jadi pape sampai lah bangun pagi :) .rasa cem taknak buat L.O dh lepasni huhuk :(

Alhamdulillah buku cross dah melebihi 85% .cuma lepasni tumpukan dekat final exam dan OSCE . wish me luck guys :)



mereka kawan yg banyak membantu sepanjang praktikal .thankyouu :) 


pls, i dont agree with that statement .even aku private college but practical in gov hospital .aku tahu cemana staff nurses yg bekerja di situ . memang tak cukup masa nak layan patients . so takyah la nk harapkan family awak tuh org layan 24 jam . nurse pun banyak kerja lagi nak buat . and kalau kerja nurse buat benda benda kotor, why not awak je yg basuh berak basuh kencing mak bapak awak tuh . ini tidak , berak sikit panggil nurse basuhkan . kencing sikit minta nurse tukar pampers. diri sendiri main handphone je pandai .ini reality ye . banyak dah relative yg aku jumpa cemni .especially melayu . ye ini reality . so takyah la nk menghina kerja kita . 

jumpa lagi di masa akan datang :) .babaiii .






Post a Comment