Farah 'Adila
Girlies in De House ♥
refresh profile fav blog recipes tips review



established 2011
FROM A GIRL TO A LADY
FROM SINGLE TO MARRIED ☺
Alhamdulillah Allah bawa awak kesini untuk berkenalan dengan saya . Terima kasih ☺

FOR ANY COLLABORATION, REVIEW AND ADVERTORIAL CONTACT ME AT
✓ email: syadila11@gmail.com
✓ whatsapp: 0182894220
✓ ig : @farahadila96






SPM 9A
MASUK U
SPA (KKM)
KERJA TETAP
KAHWIN



experience 1




Bismillah . Assalamualaikum warga alam maya sekalian .ahh sekian lama menghilangkan diri .kini kembali lagi :)

macam post yang lepas ,aku sekarang dh praktikal .Alhamdulillah dapat kat tempat sendiri .dah nak masuk bulan ke-3 dah .sebenarnya bekerja ni takde lah se-seronok yang orang fikirkan . letih baqhangggg . aku praktikal sbg DSA stand for DENTAL SURGERY ASSISSTANT ataupun PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN je .hahaha .beriye je namanya gah kann .nak tahu lebih2 pasal kos ni boleh la tanya encik google ye ;) .okay my story is beginn .

untuk bulan 11 ni aku ditugaskan di kaunter .so banyak jugak pengalaman yang aku dapat selama bekerja di kaunter nih .

  •  first, bila patient datang ke klinik, kena sambut dgn mesra .tanya patient pernah datang ke tidak.  kalau pernah mintak ic, bagi nombor giliran dan cari kad di rak. kalau tak pernah, mintak juga ic. then tanya nombor telefon, tanya kerja apa ,ada sakit kencing manis ke darah tinggi ke or so on, then mintak dorang sign di kad pesakit .kad pesakit pun ada banyak kategori tau . kuning untuk toodler (0-4thn) dan pra-sek(5-6thn), hijau untuk sek ren dan men .dan merah untuk dewasa dan warga emas .

  • okay. aku belajar macamana caranya nak tulis PG101 iaitu form untuk daftar pesakit .setiap kali patient datang ,kita perlu tulis maklumat patient dalam PG tersebut barulah kad-kad patient dihantar ke dalam bilik surgery untuk pemeriksaan doktor . untuk patient baru untuk tahun tersebut, kita perlu bagi R/N baru iaitu Register Number untuk memudahkan kita recognize patient lah.

  • apa yang penting di kaunter ialah KOMUNIKASI dengan patient . setakat ni takde masalah bila bercakap dengan patient Alhamdulillah sebab aku ada pengalaman bercakap dgn orang sakit di UniKL dulu . kadang patient ni kita tak boleh nak duga .ada yang boleh sabar.hang bayang lah kalau hang sakit gigi ada ka erti sabar dalam diri ? haha .ada yang tak .haritu ada patient refuse taknak bayar duit pendaftaran yang hanya berharga rm1 .ha murahkan .kerajaan letakkan harga tersangat murah tapi ada juga orang yang taknak bayar . awak awak, zaman sekarang ni takde yang percuma ye .

  • bila bercakap pasal harga tadi ,okay nak bagitahu bayaran. 
           Pendaftaran : RM1 .untuk penjawat awam iaitu pekerja di bawah kerajaan dikecualikan daripada bayaran jika dia bawak GL iaitu guarantee letter. selain tu, toddler, pra sek, dan warga emas jugak dikecualikan . budak sekolah kalau bawak surat sekolah . 

          Scalling atau cuci gigi dan juga Filling atau tampalan : RM2

          Cabutan untuk satu gigi : RM1

         MOS ataupun Minor Oral Surgery : RM50

        Gigi Palsu Sebahagian : RM50 ke bawah . Gigi Palsu Penuh : RM100

  • dekat kaunter juga kena belajar bercakap di telefon . di klinik aku bekerja ni ada satu pakar iaitu pakar Ortodontik so selalunya bila ada orang call mesti nak bercakap dengan orang Orto .so aku kena sambungkan ke bilik surgery tersebut . masalah aku selalu tak pandai nak sambung so end up dorang tak dapat disambungkan hahaha. terpaksalah dorang call balik .kadang kalau ada bunyi telefon memang aku sengaja buat-buat sibuk hahaha jahat tak aku . kadang tak boleh jugak lari kalau dorang suruh angkat haihh .

pengalaman dekat kaunter tersangatlah best walaupun hari2 busy dan tak menang tangan melayan karenah patient . bulan 12 ni aku dah masuk bilik surgery assist doktor balik . memang aku tak suka assist doktor tapi nak buat macamana itu memang dah tugas utama DSA so walau tak suka walau tak minat kena hadap jugak lah nakk oii .


okay jumpa lagi next update ;)

much love ☺♥♥


Post a Comment