Farah 'Adila
Girlies in De House ♥
refresh profile fav blog recipes tips review



established 2011
FROM A GIRL TO A LADY
FROM SINGLE TO MARRIED ☺
Alhamdulillah Allah bawa awak kesini untuk berkenalan dengan saya . Terima kasih ☺

FOR ANY COLLABORATION, REVIEW AND ADVERTORIAL CONTACT ME AT
✓ email: syadila11@gmail.com
✓ whatsapp: 0182894220
✓ ig : @farahadila96






SPM 9A
MASUK U
SPA (KKM)
KERJA TETAP
KAHWIN



NO to VALENTINE DAY




Assalamualaikum .Valentine Day sangat sinonim dengan pasangan bercinta .mereka akan menyambut Valentine dengan kekasih mereka .dan Valentine Day dianggap sebagai hari yang sangat romantis dan hari untuk meluahkan perasaan dan memupuk lebih rasa cinta dan sayang .tetapi, Valentine Day diharamkan dalam Islam .why ? kerana Valentine Day bukan budaya dalam Islam dan sebenarnya dibawa dari ajaran Kristian .so ,kita yang beragama Islam ni ,nak jugak ke menyambut budaya Agama lain ? dah lupa ke kita nin agama apa ? okay.

Jom ,baca ini sekejap.

Valentin , sebetulnya nama seorang martir ( orang Kristian yang terbunuh kerana mempertahankan ajaran agama yang dianutnya ) . Valentin yang sebenarnya adalah nama seorang tokoh agama Kristian yang karena kesalehan dan kedermawanannya diberi gelaran Saint atau Santo disingkat dengan St . , Yang mempunyai tempat istimewa di dalam ajaran agama ini . Panggilan atau gelaran ini dilekatkan pula kepada tokoh Kristian yang lain , seperti St . Paul , St . Peter , St . Agustine dan sebagainya . St . hanya dihubungkan dengan nama seorang penganjur dan pemimpin besar agama Kristian , dan kerana itu tidak boleh diberikan kepada mana-mana penganut agama ini , yang tahap keagamaannya masih rendah .
St . Valentin ini kerana pertentangannya dengan Maharaja Claudius II , penguasa Romawi pada waktu itu , berakhir dengan pembunuhan atas dirinya pada abad ketiga , tepatnya pada tanggal 14 Februari tahun 270 Masehi . Menurut kepercayaan Kristian , kematian Valentin ini dikategorikan syahid membela agamanya , sebagaimana orang Islam menyebut syahid bagi seorang muslim yang terbunuh di medan jihad .
Kematian yang tragis , kesalehan , dan kedermawanan Valentin ini tidak dapat dilupakan oleh para pengikutnya di belakang . Valentine dijadikan simbol bagi ketabahan , keberanian , dan kepasrahan seorang Kristian menghadapi kenyataan hidupnya . Namanya dipuja dan diagungkan dan hari kematiannya disambut oleh pengikutnya dalam setiap upacara keagamaan yang dianggap sesuai dengan peristiwa tragis itu . Upacara peringatan yang pada mulanya bersifat keagamaan itu bermula pada abad ketujuh Masehi dan berlangsung sampai abad keempat belas , dan selepas abad itu kepentingan keagamaannya mula hilang dan tertutup oleh upacara dan ceremony yang non - agamis .
Hari Valentin , sebagaimana dikatakan di atas , adalah hari kematian Valentine yang kemudian diperingati oleh para pengikutnya setiap tarikh 14 Februari . Kemudian hari Valentine ini dihubungkan pula dengan pesta atau perjamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut supercalia yang biasanya jatuh pada tarikh 15 Februari . Selepas orang Rom masuk Kristian , maka pesta supercalia itu secara agama dikaitkan dengan kematian atau upacara kematian St . Valentine .

Penerimaan Valentine sebagai model kasih sayang tulus diduga seperti berasal dari kepercayaan orang Eropah , bahawa masa kasih sayang mula bersemi bagi burung jantan dan burung betina pada tarikh 14 Februari setiap tahun . Anggaran atau kepercayaannya ini lalu berkembang menjadi pengertian umum bahawa sebaiknya pihak pemuda mencari seorang pemudi ( wanita ) untuk menjadikan pasangannya dan sebaliknya pada tarikh tersebut . Bersamaan dengan itu , mereka menyarankan untuk saling tukar tanda mata atau cadeau ( hadiah ) sebagai lambang terbinanya kasih sayang di antara mereka . Namun , Valentine ini lebih dipopularkan lagi oleh orang - orang Amerika dalam bentuk greeting card ( kad ucapan selamat ) terutama sejak berakhirnya Perang Dunia I.

So , NO VALENTINE DAY FOR MUSLIM okayyy :)





Blogger Amir Khalis said...

Tidak pada Valentine!

 
Blogger Azhafizah MN said...

No No No! rosak akidah

 

Post a Comment