Seperti mana yang dijanjikan pembangunnya, ia dilihat penyenaraian Flappy Bird pada kedai aplikasi Apple dan juga Google telah ditarik balik, membuatkan ia tidak lagi ditemui sekiranya pengguna membuat carian dan sebagainya.
Buat masa ini, menggunakan pautan terus, pengguna masih boleh mengaksesnya sama ada pada Apple AppStore atau Google Play Store – berkemungkinan mengambil sedikit masa untuk mengambil kesan pada kedua-dua kedai aplikasi berkenaan.
Flappy Bird sebelum ini telah menjadi salah satu permainan yang diperkatakan ramai, disebabkan oleh kesukaran mendapatkan markah menggunakannya.
Pembangunnya dilihat tidak begitu selesa dengan perhatian media yang diberikan, sekaligus membuatkan aplikasi berkenaan ditarik kembali. Pada masa yang sama, ia juga turut dikaitkan dengan pelbagai kontroversi lain seperti rekaan grafik yang menyerupai permainan lain dan sebagainya.
Apa pun, kejayaan permainan tersebut mendapat perhatian di hati pengguna merupakan salah satu perkara yang hangat diperkatakan – apatah lagi untuk permainan yang dibangunkan oleh hanya seorang sahaja.
Permainan Flappy Bird yang sedia dipasang pada peranti Android dan iPhone masih boleh dimainkan seperti biasa, dan hanya pemasangan baru sahaja dilihat terkesan dengan penarikan semula aplikasi ini.
sumber: http://amanz.my/2014/02/flappy-bird-dibuang-2/
samalaa kita . fara pun baca ramai yang cakap flappy bird nih tension . terus batalkan niat nak install . Hehe .
hai dear, jom join GA ni ( http://aliyahsyofia.blogspot.com/.../first-giveaway... ) Hadiahnye baucer pembelian RM50^^.btw, done follow u
Post a Comment