Farah 'Adila
Girlies in De House ♥
refresh profile linkies recipes tips review



established 2011
FROM A GIRL TO A LADY
FROM SINGLE TO MARRIED ☺
Alhamdulillah Allah bawa awak kesini untuk berkenalan dengan saya . Terima kasih ☺






SPM 9A
MASUK U
SPA (KKM)
KERJA TETAP
KAHWIN



Amalan Baik yang boleh dilakukan oleh Wanita sedang Haid




Assalamualaikum :) .tidur tak lagi ni ? yang dah tidur tu goodnight yaa :) .yang belum , rasa macam susah sangat nak tidur, silalah baca entry ni .boleh menambah pengetahuan :)

okayy. since kita tahu bahawa perempuan yang tengah period atau datang haid tak boleh solat macam selalu, kalau bulan Ramadhan perempuan yang haid tak boleh berpuasa macam orang lain .so, macam mana perempuan perempuan ingin mencari pahala ? adakah dia tidak memperoleh pahala semasa period ?

jadi, apa yang perempuan boleh lakukan semasa period untuk menambah pahala ialah :


  • selalu lahh berzikir dan berselawat 

banyakkan berzikir kepada Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W .sambil duduk saja saja goyang kaki tu boleh jugak buat amalan ni .pahala bertambah


  • menghadiri majlis majlis ilmu .

kalau tak boleh nak pergi dengar ceramah agama atau malas rasanya nak pergi walaupun dekat je dengan rumah awak, boleh je tambahkan ilmu jugak .bukak je youtube, search "ceramah Ustaz Azhar Idrus" atau "Ustaz Kazim" or "Ustaz Don" .berlambak ceramah mereka di youtube .nak tahu pasal apa, semua terjawab :)


  • membaca buku buku agama 

daripada awak pergi kedai buku beli novel cintan cintun lebih baik awak beli buku mengenai agama, motivasi dan buku yang membawa awak ke arah yang lebih baik dan positif .bukan bermaksud awak tak boleh beli novel .bukan macamtu maksud farah :) .cuma lebih elok juga sekiranya koleksi buku buku yang awak beli tu diselangi juga dengan buku buku motivasi dan agama .baru lengkap dunia dan akhirat :)


  • berbakti kepada orang tua

benda ni kalau kita tak period pun kita buat jugak kan .tapi jika kita sedang haid pun perlu diteruskan juga .farah faham, ramai wanita yang selalu rasa period pain, kan ? memang rasa sakit tu Allah saja yang tahu .syukur farah tak sakit bila period :) .so, bila kita tengah sakit, of course kan kita taknak orang kacau kita. tambah pulak waktu tu mak kita suruh sidai kain, abah suruh ambil remote control (ehh ,hahaa -.-) mesti rasa geram menggelegak gilaa hati kann .dah la tengah sakit .tapi suruhan ibu bapa kita kena akur .tapi kalau awak rasa sakit sangat sampai rasa nak pengsan tu, bagitahu mereka elok elok .jangan sampai mereka terasa bila awak buat taktahu je .tapi kalau boleh tahan lagi baik awak ikut je suruhan mereka tu .


  • bersedekah

ini sangat bagus .free sahaja dapat pahala .bersedekah ni banyak benda kan .senyum dikira sedekah .ini lagi free free pahala haha .time awak pergi pasar malam ke pasar pagi ke, kan selalu ada orang mintak derma or sedekah, boleh je awak sedekahkan dekat mereka .if awak takde duit macam farah sekarang ni sengket haha ,kalau awak ada ilmu boleh je awak ajar adik adik yang masih bersekolah, atau ajar kawan kawan yang mana tak faham lagi sesuatu topik .ingat, share ilmu juga dikira sedekah .


  • banyakkan berdoa 

kita ni sedang haid tak bermakna kita perlu jauh daripada Allah .Allah tak pernah pun larang wanita yang sedang haid berdoa .Allah cuma beri kita cuti dari solat, puasa dan baca ayat AlQuran .itu sahaja .berdoa boleh sahaja pada bila bila masa .so, masa kita tak buat pape boleh lahh kita berdoa .Allah suka orang yang rajin berdoa dan memohon kepadaNya .



  • mendekati Al-Quran

kan tak boleh pegang Quran ? macam mana nak dekati Quran? yaa memang betul tapi perlu ke kita jauh dari ayat ayat Quran .AlQuran ibarat cahaya bagi kita .adakah selama kita period kita perlu hidup dalam kegelapan ? tak dapat baca AlQuran tak mengapa .ada cara lain kan ? kita boleh mendengar ayat ayat AlQuran daripada youtube .atau senang awak download je Surah Yasin dan macam macam surah lagi .hati kita pasti tenang InsyaAllah

ada doa untuk wanita haid yang farah nak share dengan semua .farah ambik pun daripada mr.google jugak .


ini je yang farah mampu share dengan awak semua .tegur saya jika saya salah .selamat beribadah :)



Blogger Mia Liana said...

nice sharing... sis..

pssttt tahniah ya http://www.mialiana.com/2014/01/pengumuman-pemenang-soal-selidik-3.html

 

Post a Comment