Farah 'Adila
Girlies in De House ♥
refresh profile fav blog recipes tips review



established 2011
FROM A GIRL TO A LADY
FROM SINGLE TO MARRIED ☺
Alhamdulillah Allah bawa awak kesini untuk berkenalan dengan saya . Terima kasih ☺

FOR ANY COLLABORATION, REVIEW AND ADVERTORIAL CONTACT ME AT
✓ email: syadila11@gmail.com
✓ whatsapp: 0182894220
✓ ig : @farahadila96






SPM 9A
MASUK U
SPA (KKM)
KERJA TETAP
KAHWIN



terbang dengan cathay pacific airlines sekarang !


Hai Assalamualaikum

Bulan 3 dah nak dekat , and korang tahu apa ada pada bulan 3 ? CUTI SEKOLAH AKAN TIBA !! yeayyy tak sabarnya nak pergi holiday bersama family . yang dah ada anak inilah masanya bawa anak-anak bercuti .


Sekarang ni nak melancong cukup mudah . banyak jenis pengangkutan yang kita boleh pilih . dan pilihan terbaik untuk perjalanan yang selesa ialah PESAWAT ! setuju ? iyelah , korang nak ke luar Negara takkan nak naik kereta betul tak ? dalam Negara pun lebih jimat masa dan tenaga jika naik flight .


Cakap pasal flight, korang semua mesti tahu sekarang ni banyak sangat syarikat penerbangan yang kita boleh pilih. Contohnya MAS (Malaysia Airlines), Firefly, Malindo dan lain lain. Tapi korang tahutak sekarang ni ada satu lagi syarikat penerbangan yang baharu ? memperkenalkan CATHAY PACIFIC AIRLINES. Bunyi mewah kan ? hehee


MACAMANA NAK BELI TIKET ?


Ada dua cara. Senang sahaja . pertama, korang kena pergi ke kaunter tiket dan beli tiket kemana korang nak pergi . kat mana ye kaunter  tiket ? ada kiosk yang boleh dilawati . korang google kiosk Cathay Pacific Airlines yang berdekatan dengan anda ataupun boleh beli di lapangan terbang .


Tapi korang nak cara yang lagi senang ? cara kedua adalah BELI ONLINE ! kan semua di hujung jari sekarang . tak perlu susah susah menghadap jem dan cari parking semata mata nak beli tiket . Cuma layari laman web CATHAY PACIFIC AIRLINES dan masukkan butiran peribadi. Pastikan maklumat lengkap tau. Kalau korang nak tahu, beli online lagi murah berbanding beli di kaunter. Lagipun sekarang dorang ada buat promosi . boleh lah gunakan peluang yang ada . nanti masa korang nak beli tiket online sila clear cache dulu okay ? kalau korang visit website , korang akan Nampak websitenya sangat simple dan mudah . reka bentuknya pun cantik. Sedap mata memandang. Dan yang paling penting , korang nak cari apa pun senang . tak serabut .kalau korang nak pilih bahasa boleh pilih di sebelah kiri atas. Kalau nak log in boleh tekan sebelah kanan atas. Ingat, kalau nak beli korang mesti sign up dulu ye . cara menempah, hanya perlu lock date, pilih berapa ramai orang, lapangan terbang mana korang pergi dan mendarat. Sememangnya menempah tiket penerbangan di laman web Cathay Pacific Airlines memang mudah !







Dalam laman web tersebut juga ada banyak promosi yang dorang buat . so korang takkan terlepas peluang jika selalu log in .tawaran promosi ini termasuklah ke Hong Kong, Taipei, Beijing, Seoul, Tokyo dan Osaka. Ini adalah antara Negara yang paling luar biasa untuk melawat yang korang memang tidak boleh terlepas. Untuk menempah tiket ke Tokyo korang boleh tekan link ni ye flight to Tokyo. oh ye, harga tambang istimewa untuk kelas ekonomi hanya RM1556. Kalau lebih suka kelas perniagaan kadar khasnya adalah RM4715 semua-dalam. Cepat korang grab flight ke Tokyo ni sementara ada promosi. Berlepas dari KLIA dan mendarat ke Lapangan terbang Antarabangsa Narita.


Di bahagian bawah laman web korang boleh pilih untuk melanggan newsletter untuk mendapatkan maklumat dan promosi terkini dari Cathay Pacific Airlines.


Tak rugi kalau dapat pergi Tokyo . sebabnya sampai sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita sendiri boleh buat korang rasa sangat puas hati. Ianya sangat unik, mempunyai kemudahan asas yang lengkap dan mereka menawarkan beberapa elemen lain untuk keselesaan kita semua. Contohnya korang penat setelah beberapa jam di flight, korang boleh berehat di Narita Lounge Wa. Korang perlu menuju ke terminal 2 dan nikmati kerusi selesa dan sofa berbaring. Mereka juga mempunyai hotel kapsul sendiri hanya 1000yen/jam. Kalau lapar pula boleh naik ke tingkat 4 di terminal 1 untuk menikmati sushi dan lain lain masakan jepun yang lazat. Jika mempunyai masalah pertuturan dengan warga tempatan boleh muat turun aplikasi NariNAVI di AppStore atau Google Play dan korang juga boleh uruskan tiket penerbangan dengan menggunakan app yang sama.




Boleh buat tempahan sekarang di Cathay Pacific Airlines dan nikmati harga istimewa !


RESEPI : buttermilk chicken


Hai Assalamualaikum

santai petang semua ☺️ buat apa petang petang panas terik ni ? nak keluar rumah pun tak lalu . panas Allahuakbar .so kita santai santai di rumah sambil makan kurma 😁


kenapa banyak sangat ni yunk oii ?? hehee ni sebab hari yang lepas lepas farah asyik skip so harini makan banyak banyak . eh boleh pulak camtu ! hahaa kalau ikut mak farah memang dia suka sangat buat macamni . especially bab ubat . "semalam tak makan kan . harini makan double" . sebab ni kot anak anak dia macam overdose je perangai memasing 😂 pls korang jangan ikut ye 😆
#pregnancy6weeks ❤️

so harini farah masak BUTTERMILK CHICKEN nyummm 😋 actually dah banyak kali farah buat lauk ni cuma yelah masa tu kan kita tak teringat pulak nak share sini . so meh farah share resepi BUTTERMILK CHICKEN ....

BAHAN - BAHAN
🌷 isi ayam potong kecil kecil
🌷 tepung goreng ayam readymade (farah guna brand NONA)
🌷 bawang putih, bawang besar dicincang
🌷 daun kari dan cili
🌷 buttercup / marjerin (farah guna marjerin adela)
🌷 susu cair / susu full cream (act farah lebih suka susu full cream dutch lady, lebih sedap)

CARA - CARA


🌹first korang goreng dulu ayam yang dah salut dengan tepung . farah just salut macamtu je, tak guna telur . lekat juga tepung nye 😊
🌹dah siap goreng, put aside and potong bawang dan sediakan bahan lain

🌹panaskan buttercup/marjerin . act buttercup is half of marjerin so tak ape kalau guna marjerin pun . sama juga .or maybe buttercup lebih sedap . and lebih mahal 😆 so terserah nak pakai apa pun okay
🌹tumis bawang bawang ,daun kari dan cili hingga naik bau je tau . 
act yang paling penting dalam ni is DAUN KARI . selain bagi bau naik , rasanya pun lebih sedap . so pls jangan skip tak letak daun kari kayyy
🌹masukkan susu sedikit dan juga sedikit air . yang ni korang kena tahu la berapa banyak kuah korang nak . plus kalau suka kuah banyak just banyak banyakkan air dan susu lah sebab bila kita masukkan ayam kuah akan tersejat .so akan jadi sedikit 
🌹perasakan dengan garam / serbuk black pepper 
🌹last masukkan ayam .ayam tu masukkan semasa dah sejuk sebab nanti ayam jadi lembik pulak kena kuah .

DONE ! 😊

SELAMAT MENCUBA 

with love,
faradilaa ❤️

Labels: , , , , , , , , , ,



pengalaman dapat detect pregnant !


Hai Assalamualaikum ..

selamat bercuti semua ❤️

before that, let me explain . post ini bukan untuk membangga diri, hanya untuk kenangan diri sendiri dan juga panduan untuk sesape yang senasib 😍

Allahuakbar .. syukur kepadaMu yaRabbi . akhirnya Engkau makbulkan juga doa doa kami ini.

lets into the topic gais .

sejak buka sekolah mak tak mampu dah nak drive kereta hari hari ke tempat kerja so memandangkan farah je yang free farah lah yang ambik mak dari sekolah since abah dah hantar mak . adik farah baru lepas spm and tengah belajar drive, belum dapat lesen lagi so takpe farah cakap farah je yang ambik mak sementara dia nak dapat lesen. kaktin, harap hang lulus ye 🌹

and sepatutnya period farah start 15hb .seminggu sebelum tarikh farah dah start rasa macam nak period . rasa senggugut so dalam hati farah "em takde rezeki lagi" .sampai lah 15hb jan farah still ligat bawak kakak and airin ke klinik, balik klinik kejap pegi ambil mak pulak kat tempat kerja .but period tak keluar keluar pun . esoknya ligat juga drive .pagi bawak abah ke tempat kerja sebab kereta abah rosak, petang ambik mak then bawak ke hosp , mak sakit  kaki terpaksa jumpa doc . sampai bibir farah kering sangat . farah rasa letih sangat and muka farah pucat. terpaksa suruh adik belikan air sebab terlampau dahaga . bibir farah merekah habis.

otw nak balik singgah beli makanan kejap kat kedai ,farah bersembang dengan kakak. akak cakap dah berapa hari missed period. farah cakap baru 2 hari. bulan lepas 15hb .kebetulan tarikh tu sama dengan airin lahir. akak cakap bukan ke dah 33 hari ? farah cakap baru 2 hari missed. harini kan 17 . akak cakap , "bulan 12 kan ada 31 hari. so kalau ikutkan dah 3 hari missed period ni" . oh ye tak ye . farah cuma ingat tarikh 15hb je ingat 30 hari cycle . so kalau farah period means 14hb lah datang .

masa makan nasi yang beli tu farah rasa masin. mak tengok farah makan slow je. macam tk mampu nak habiskan . padahal farah memang kuat makan dah sekarang kan . then mak tanya . farah cakap ,"nasi ni masin kan" then semua orang cakap TAK LAH . takkan farah punya nasi je yang masin 🤔

balik rumah , malam tu mak whatsapp. suruh check UPT . farah taknak check lagi sebenarnya sebab yelah dah banyak kali frust dengan UPT result.farah taknak kecewa lagi. and sebenarnya farah dah pun place order UPT di shopee cuma lambat sikit sampai . takpelah lambat pun . kalau test awal awal kalau takde kita juga hampa . tapi fikir balik bila mak cakap "bukan apa, kita boleh berjaga jaga kalau dah ada" .so farah pun suruh la husband belikan UPT malamtu . tapi check pagi esoknya

farah perasan , 2 malam dah farah tido asyik terjaga je . 17hb, still farah terjaga juga . sampai dah banyak kali terjaga , time tu pukul 4 farah dah tak boleh tidur . lapar sangat. farah pegi kencing dulu ,tapi farah simpan urine farah dalam bekas dulu sebab nak check UPT . actually berbelah bahagi nak check ke tak . farah makan biskut .lepas makan baru farah check .

bismillah..... tak sampai seminit, 2 line  ! Allahuakbar ! 😭😭😭

farah macam tk percaya. kalau ada lagi 1 upt farah check lagi sekali. farah ingatkan farah akan nangis tapi tak , farah sengih sampai ke bulan ! penantian dah berakhir 🌹

tak lama lepastu farah muntah semua biskut yang farah makan . nope, bukan morning sickness. perut farah terlampau kosong sebabtu muntah. 

farah whatsapp mak and mak suruh balik rumah . farah boleh nampak semua family farah happy dengan berita ni ☺️ 

mak ajak pegi klinik hari tu jugak untuk sahkan pregnancy.

pukul 3 lebih kami pergi ke klinik pakar sakit puan. doc scan rahim farah tapi dia cakap kosong ! takde apa . then dia suruh pegi test urine lagi .farah berdebar sangat sangat . tapi bila check upt tu positif juga . so doc cakap farah memang sah pregnant cuma kandungan masih terlalu awal . farah dapat detect awal . baru 4 weeks farah dah dapat detect. kandungan masih di tube and dia suruh datang balik seminggu lagi. 



farah still risau. farah google ,ada yang bagus ada yang tak bagus . lagi farah risau . but farah tanya kawan farah, dia pun 4 weeks juga . dia cakap 6 weeks baru nampak bila scan . fuhh farah lega sangat . so korang , kalau dapat detect awal macam farah tolong jangan pergi klinik awal awal . nanti korang risau macam farah . 

so mama and abah 's junior, jumpa lagi 2 weeks ! ❤️

semoga post ini dapat membantu korang yang taktahu korang tengah pregnant ke tak , and membantu korang bila boleh scan pregnancy . ini cuma pengalaman farah . setiap orang berbeza simptom ,pls ingat ni ye 😊

with love,
faradilaa ❤️

Labels: , , , , , ,



opk salah satu cara ikhtiar hamil


Hai Assalamualaikum

Salam Jumaat semua . semoga sentiasa di bawah lindungan Allah 🌹

farah nak share something yang sangat benefit kepada sesiapa yang ingin cepat2 dapat zuriat dan yang sedang ttc (trying to conceive)

pernah dengar OPK ? untuk yang sedang ttc tapi tak pernah dengar ni meh farah nak gitau . OPK is Ovulation Predictor Kit , sejenis alat yang boleh mengesan waktu kesuburan wanita .
ia adalah sejenis strip, sama seperti UPT (urine pregnancy test) tetapi ia khas untuk mengesan hormon LH iaitu hormon kesuburan di dalam badan. so korang boleh tahu bila tarikh subur korang.


farah nak tanya, sebelum ni korang tahu tak bila korang subur ? atau korang main agak je ? atau korang just tengok dalam apps ovulation dalam phone ? actually kan , farah pun taktahu bila farah subur . kata doc ,hari subur wanita dari hari ke 10-16 .dan hari paling subur adalah hari ke 14 . yeap, farah memang ikut apa orang kata . hari ke 14 la, bersama berselang hari dari hari ke 10 hingga hari 16 lah . but still ttc 9 bulan . paling tertipu rasa diri ini bila 3 4 bulan juga farah taksub sangat dengan apps period tracker ,yang kita boleh tahu juga bila ovulation kita . gais, sebenarnya tak betul pun .kita pun taktahu bila ovulation kita, apps tu cuma predict je ikut sains, tapi badan kita semua berbeza setiap orang . kekadang bulan ni hari ke 14 ,bulan depan pulak hari ke 16. macamtu lah .

sampai farah jumpa dengan opk . ini pun sebab kawan yang suggest beli dekat ig . sebelum ni farah memang berniat nak beli tapi watson jual mahal sangat. dalam banyak bulan jugak lah farah guna opk (tk ingat beli dari bulan berapa) tapi tak pernah jumpa tarikh subur . sampai rasa nak fed up guna . banyak lagi ikhtiar farah cuba . farah pergi jumpa doc pakar sakit puan untuk check rahim farah, Alhamdulillah doc cakap normal .and doc bagi ubat CLOMID katanya ubat subur . makan masa hari ke 2-5 period . dalam 3 bulan juga farah consume .

PENGALAMAN PERTAMA DAPAT TARIKH SUBUR

ini moment yang sangat farah tak boleh lupa . kisahnya hari tu farah tak check pun opk tu, entah rasa macam nak give up pun ada , atau dah nak habis waktu subur . sampai pukul 8 malam, husband cakap taknak buat experiment ke ? 😅 farah cakap dah lepas waktunya pun . dia elok check dari pukul 12-2ptg dan pukul 5-7 mlm . tapi husband cakap check jelah . farah pun check . tetibe eh naik positive terang sangat 😲 memang terkejut dan teruja sangat farah waktu tu. terus farah bagitahu husband . then lepas check kami keluar makan. kul 11 balik rumah farah check lagi still terang lagi positive tu . so dengan lafaz bismillah, (you know what i mean🙃) . then bangun pagi farah check lagi dah kabur 😞 really gais, waktu subur farah sangat pendek . tak sampai 48 jam pun . even 24 jam pun tak sampai i think .


ini farah punya opk . start dari ni farah rasa betul betul farah percaya dengan opk ni . ni lah satu satunya cara paling tepat untuk mendapatkan zuriat selain dari cara cara sampingan yang lain .ohh farah punya ovulation hari ke 16 . so tk semestinya hari ke 14 ye .

so korang boleh beli dekat ig i.hamil okayy . akak tu akan guide korang sampai berjaya insyaAllah ☺️

with love,
faradilaa ❤️

Labels: , , , , , , ,



RESEPI : RENDANG AYAM


Hai Assalamualaikum .

lamanya tak bersiaran . ada yang rindu ke ? 🤭 farah sibuk dengan bisnes baru farah . btw, farah dan husband come out with new idea in business . kami menjual AISKRIM HOMEMADE 🍦 ! tapi baru kecil kecilan di rumah sahaja . ada orang order kami akan COD or dorang pick up sendiri . wish us luck and having rezeki yang tak pernah putus ye ❤️


okay korang . farah nak share resepi baru . sape nak ? angkat tangan cepattttttt !!! 

about a week ago, farah rasa macam nak masak rendang . tapi farah taktahu camne . tak pernah buat langsung . dah siap keluarkan ayam untuk defrost ,farah minta husband ambilkan daun kunyit dekat luar . mak mertua memang tanam . macam macam dia tanam tau . ada serai, pokok cili ,pokok kari, daun kunyit, daun kesum and bunga kantan. ini yang farah tahu lah . then, kebetulan mak mertua ada di luar (rumah farah n rumah mertua sebelah je 😁) farah terus tanya tanya mak camne mak masak rendang . mak cakap buh serai . ohh serai ! suruh husband ambilkan jugak . farah tak pandai sebab farah tak penah bermain dengan pokok pokok ni . cara nak ambil pun taktahu sebab farah duduk di area taman, husband di kampung so dia lebih arif . then mak cakap, lengkuas pun buh jugak .lengkuas ? nak cari mana ? then mak cakap ada tanam tepi kandang kucing . yaAllah farah taktahu langsung kewujudan lengkuas . 

sambil husband ambil semua bahan di laman tanaman tu sempat jugak farah korek resepi daripada mak . okay boleh la ingat sikit sikit 😂 yang lain2 tu kalau lupa farah google aje lah . 


BAHAN BAHAN 
✔️ untuk diblend 
🦗 bawang putih
🦗 bawang merah
🦗 halia
🦗 serai
🦗 lengkuas
🦗 cili kering (farah letak dalam 10-15 tangkai)

✔️lain lain
🦗 ayam / daging
🦗 daun kunyit dihiris nipis
🦗 santan pekat
🦗 kerisik (farah letak dalam 2 sudu)
🦗 air sedikit
🦗 daun limau purut (tapi farah perah air limau sedikit)
🦗 asam keping

CARA-CARA
🌹 bahan blend diblend kasar sahaja . jangan lumat sangat. sebaiknya gunting cili kering dan buang dahulu bijinya
🌹panaskan minyak . minyak banyak sikit takpe . 
🌹masukkan bahan blend tadi . masak sehingga pecah minyak
🌹seterusnya masukkan asam keping dan gula
🌹masukkan perahan limau / daun purut
🌹masukkan kerisik
🌹masukkan santan pekat dan sedikit air . time ni kena selalu kacau tau takut santan pecah lemak . hanya tunggu sehingga ia mendidih sedikit 
🌹masukkan ayam dan tunggu biar ia lembut . api slow sikit .
🌹biar lama sikit sebab nak bagi kuah sikit dan pekat
🌹perasakan dengan garam
🌹dah nampak macam rupa rendang and kuah dah sedap , boleh masukkan daun kunyit dan gaul rata
(kuah nye akan rasa pedas pedas manis 😊)
🌹RENDANG AYAM IS DONE WITH LOVE ❤️

sebelum tutup api farah suruh husband rasa sikit sama tak dengan mak mertua . nervous jugak . bila husband rasa terus dia cakap , "PERGHHH, A LAH SAYANG" .menari nari kami berdua 😁😁

tapi farah nak tahu juga macamana rendang mak jadi macam warna HIJAU KEKUNINGAN ? mak bagi resepi guna cili kering . kalau guna cili hijau mesti rendang hijau kan . rupanya senyap senyap husband pegi tanya mak dia , balik rumah dia bagitahu mak MASUKKAN SEDIKIT SERBUK KUNYIT .

so , farah dah achieve another step ! tengoklah hasil RENDANG AYAMKU . kuah tak pekat habis sebab terlampau lapar , tak tertahan rasanya nak tunggu sampai pekat 😂


rasanya memang A . tak caya cubalah resepi tu 😊

farah cakap kat husband , sedap harini jelah nanti buat kali kedua taktahu rasa apa pulak 😅 dia cakap tulis jangan tak tulis . so kita tulis disini aje ye 😊


SELAMAT MENCUBA !

with love,
faradila ❤️

Labels: , , , , , , , , , , ,



Happy 28th Birthday ma husband ❤️




My dear husband,
I wish you a very Happy Birthday ! ❤️
May all your wishes come true .

My dear husband,
tak terkira banyaknya pengorbanan yang awak berikan.
tak terkira penat lelah awak .
semoga bertambahnya umur awak diberikan kesihatan yang baik , semoga Allah hilangkan segala kesakitan.

My dear husband,
I love you !
I love you so much ! ❤️
thanks for being a really good husband for your clingy wife .
I couldn't ask for more .

My dear husband,
semoga meningkatnya umur semakin meningkat iman awak, bertambah amalan awak.
semoga Allah luaskan pintu rezeki awak seluas luasnya.
semoga sentiasa sihat dan ceria selalu.
dan semoga kita dikurniakan rezeki zuriat yang soleh dan solehah tahun ini insyaAllah .
itu semua kerja Allah 😊

Sweet 28th Ma Boy ! 🌹

with love, your sweetie wife,
faradilaa 😍


Labels: , , ,



REVIEW : PLANNER CANTIK 2019 DARI CRAFTLOG


Hi Assalamualaikum

Alhamdulillah dah hari keempat dalam tahun 2019 ni . syukur kita diberi kesempatan untuk hidup sampai ke hari ini . farah doakan semoga semua yang membaca ni dipanjangkan umur ☺️

dah masuk tahun baru .korang dah ada planner ke ? apa itu planner ? penting ke planner ni ?
bagi farah half half lah . kadang penting kadang pening . eh ? 😅
okay lah farah bagitahu apa kepentingan planner .

  • dengan adanya planner korang boleh set kan goal korang untuk setiap hari or setiap bulan or goal korang untuk tahun ini . so korang tahu apa yang korang nak capai



  • dalam planner ada macam macam tau . korang boleh tulis apa "to do list" korang dalam satu hari . apa yang korang nak buat , ke mana korang nak pegi , apa korang nak masak ,dan apa apa je yang korang rasa nak buat . so takdelah korang terlupa esoknya . secara tk langsung korang boleh jadi seorang yang berdisiplin . tapi pastikan ikut semua yang korang dah list tu . tak guna tau buat plan tapi tak follow ☺️



  • then, korang boleh review balik apa yang korang dah buat dalam hari tersebut, atau dalam seminggu . jadi korang boleh tengok apa yang salah and korang boleh betulkan dan perbaiki diri untuk minggu dan bulan seterusnya ☺️


keburukan nya pulak . emm ada ke korang ?
keburukannya untuk orang yang tak boleh berdisiplin , korang akan rasa tertekan . sebab rasa terikat dengan goal , and menyusahkan je kena tulis tulis bagai setiap hari . and korang rasa tak free sangat hidup korang .

ada orang tak suka set kan goal tau sebab dorang rasa bila dorang kejar satu impian terus dorang terlepas impian impian yang lain 😌 ada tak korang rasa macamtu ?

macam farah, farah suka menulis . so takdelah rasa sangat macamtu . cuma farah selalu tak konsisten je 😅

actually, planner farah sampai lambat tau . salah sendiri juga sebab beli pada 30hb disember kauuuu, memang lah lambat dengan cuti new year lagi . sabar jelah yang mampu kan

sampai sampai je apa lagi terus bukak sampul ☺️

eh seller balut dengan kotak pulak . bestnya . so planner farah tak terlipat dan ronyokk laaa

dan planner dibalut dengan plastik lagi . sangat sangat best farah dapat 2 free gift lagi 😀


isi kandungan PLANNER 
  • first page letakkan gambar, isikan nama , emel dan number phone . in case hilang maybe 🤔
  • setkan goal
  • ada quran tracker
  • fitness goal
  • monthly review
  • boleh manage korang punya finance
  • ada permainan macam word search and sudoku
  • paling best, ada kata kata semangat dan lukisan yang sangat cantik 


jom close up sikit 

tak nyabor nyabor nak tulis sebelum tangkap gambar 😆





sedikit isi kandungan dalam planner ni . best kan ? cantik angatttt 😊

oh ye, free gift yang diberi pun best . satu buku nota kecil yang korang boleh tulis apa je dalam tu. and satu lagi buku "TO DO LIST" so korang boleh tulis apa je yang korang nak buat , set kan due date and bila dah settle boleh tick ✅

kat mana nak cari planner cantik plus mesra muslim macamni ? 
okay farah beli planner ni di SHOPEE . link seller ialah shopee.com.my/craftlog . oh ye kalau korang nak beli planner ni boleh gunakan code yang tertera di bawah ni 👇 korang boleh dapat rm7 off tau kalau beli gunakan referral code . jimat kan ? sebab farah beli pun siap pos pe semua Rm29.54 


terima kasih kerana membaca sampai habis 🌹

love,
faradilaa ♥️


Labels: , , , , ,



BENTO SUAMI 030119


Hi Assalamualaikum

macam biasalah farah share dulu bento untuk suami ♥️


🌹030119🌹

🌺sandwich tuna for breakfast
🌺nasi putih, sayur campur, ikan goreng and sambal belacan for lunch

tuna masih ada lagi jadi bertabah lah encik suami setiap pagi makan sandwich tuna je 😆

Alhamdulillah Allah kejutkan farah pagi pagi untuk berbakti kepada suami .sebab farah jenis susah bangun pagi . masa anak dara dulu memang liat betul nak bangun pagi . kadang kalau hari minggu tu susah betul nak bangun subuh 😔 Alhamdulillah makin meningkat umur dan farah selalu berdoa supaya Allah beri peluang farah bangun pagi untuk subuh . sekarang dengar je bunyi alarm ada jugak la snooze kejap tapi lepastu terus bangun 😅

okay itu sahaja . today kinda boring dayy 😌

with love,
faradilaa ♥️



Labels: , , , , , ,



RESEPI : SANDWICH TUNA


Hi Assalamualaikum

resepi pertama farah share untuk tahun 2019 ni 😊 actually bukan resepi pun , lebih kepada cara farah prepare je .

ok lets go gaisss
SANDWICH TUNA 🥙

BAHAN BAHAN
✨ roti putih
✨ tuna tin 
farah guna AYAM BRAND 
✨ salad
✨ mayonis
✨ marjerin


CARA CARA


🌹 sediakan 2 keping roti dan sapu marjerin pada kedua2 roti . 1 bahagian sahaja ye
🌹 letakkan salad
🌹 letakkan tuna . farah beli cili tuna so pedas sangat kalau letak banyak
🌹 letak mayonis 
🌹kapuhkan dengan 1 lagi roti tadi
🌹 potong keliling roti
🌹 potong roti menjadi 4 bahagian segi tiga
🌹 SANDWICH TUNA IS DONE WITH LOVE ♥️


farah buat sandwich tuna ni untuk breakfast .

SELAMAT MENCUBA !

with love,
faradilaa ♥️


Labels: , , , , , , , ,



NEW YEAR WISHLIST


Hi Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ini hari kedua untuk tahun 2019 . farah nak ucapkan HAPPY NEW YEAR untuk semua 🌹🌹 . dah ada azam baru ke ? atau guna balik azam tahun 2018 yang tidak kesampaian 😅 ? mana mana pun boleh asalkan korang tunaikan wishlist korang ✨

macamana pulak wishlist farah untuk tahun 2019 ?
farah tak mintak banyak pun . cuma tahun ni ni farah punya semangat untuk mengubah diri ni tinggi sikit berbanding tahun tahun sebelum

WISHLIST NEW YEAR FARAH
🌺 semoga farah jadi seorang isteri yang solehah dan anak yang mengenang jasa ibu bapa . sebab target farah nak masuk jannah Allah 🤗
🌺 semoga hajat farah dan suami untuk menceburi bidang bisnes berjaya dan maju hendaknya . semoga rezeki sentiasa berpihak pada kami .tolong aminkan ye korang 😚
🌺 semoga tahun ni tahun bermakna buat kami suami isteri . semoga ada cahaya mata yang soleh solehah buat kami . amin kan lagi ye korang ☺️ terima kasih 🌹

okay cukup pasal new year . jom kembali ke alam nyata ♥️

2 of 365 🌸

bento buat suami hari ini 🌺

SANDWICH TUNA for breakfast
NASI PUTIH, SAMBAL IKAN AND SUP SAWI for lunch
LIMAU BABY for pencuci mulut

p/s: resepi sandwich tuna will update in new entry . stay tuned gais 😊

Alhamdulillah . 

with love,
faradilaa ♥️



Labels: , , , , , , ,



WE'RE NOT MIND READERS BY MIZZ NINA AND NOH HUJAN


Hi Assalamualaikum

dah banyak hari farah tak update post . tak boleh tinggal banyak hari, nanti jadi malas terus nak update 😚

okay, let's go with the main topic . lemme share with you what motivation and positive vibes that Allah has taught me a week ago ♥

hv you ever watch a segment in youtube called COUPLE TALK:WE'RE NOT MIND READERS BY MIZZ NINA AND NOH HUJAN ? it's a talk show in DOPS TV . farah pun tak pernah tahu segmen ni. tengok ramai yang share di story ig . terdetik hati nak buka sebab tbh farah tak follow pun perkembangan tentang MIZZ NINA and her husband . 

and while watched it, hati ni tak habis habis memuji perancangan Allah . act banyak lagi isi yang farah dapat dari talk show ni . let me list at below...

  • okay , untuk pasangan yang dah lama berkahwin , yang baru mendirikan rumah tangga , pasangan bertunang, atau yang baru ingin mencari pasangan hidup , pernah tak korang rasa macam nak tahu apa isi hati dan fikiran pasangan korang ? like what they think about you ? and paling common lah , is it real that he or she loves me ? 


and pernah tak korang rasa macam nak je pasangan korang faham apa yang korang rasa ? setiap pasangan tak pernah lari dari berselisihan faham dan tak sependapat haluan . dan perkara inilah yang menyebabkan terjadinya pergaduhan . padahal kekadang perkara nya kecil sahaja . and time tu korang rasa macam, "tolonglah faham perasaan aku !" or "awak tak pernah faham apa yang saya rasa, awak tak pernah tahu apa salah awak !" haha okay rileks . perkara ni memang realiti dalam kehidupan berumahtangga. tak terlepas dari pergaduhan , ala ala gaduh manja gitu. tetapi jika tidak diselesaikan akan menjadi parah .

dari sini apa yang farah dapat dari mizz nina . she said, "dulu pun dia nak orang faham apa yang dia nak" and bila kita makin dewasa kita faham , WE HUMANS ARE NOT MIND READERS. kita tak boleh baca apa orang rasa, dan orang juga tak boleh tahu apa yang kita nak . so macamana nak atasi masalah ni ? 
CUBA MENJADI SEORANG YANG MEMAHAMI DAN CUBA JADI SEORANG YANG BERTERUS TERANG DENGAN KATA HATI . DAN DARI SITU BERMULALAH PERBINCANGAN DALAM KEADAAN YANG TENANG .


actually, bila kita bergaduh, bertengkar mulut siap ada yang baling baling barang , sebenarnya yang memarakkan suasana adalah SYAITAN . ya, dalam perkahwinan pun dia still nak kita berpisah. no wonders kes penceraian berlaku disebabkan hal yang remeh sahaja. okay how to solve it ?
CUBA, SEBELUM TIDUR KORANG SETTLE KAN SEMUA MASALAH . JANGAN TIDUR DALAM KEADAAN MARAH DAN SEDIH. BIAR SETTLEKAN DALAM HARI YANG SAMA.

  • second, ALL MARRIAGE COUPLES wants a child after married . semua orang tahu , mizz nina and noh hujan masih belum dikurniakan cahaya mata setelah 7 tahun berumah tangga . like mizz nina said, "everyone wants to get pregnant . i've thought pregnant is easy . like after married terus pregnant . BUT NO. it is not easy. it doesn't work that way . reality is different" 

EVERYONE HAS THEIR OWN JOURNEY, EVERYONE HAS THEIR OWN TIMING . let's work hard , never give up and always TAWAKAL to Allah .

  • and it's sad because everybody wants to critics Allah's work . like sebelum kahwin dapat soalan ,"BILA NAK KAHWIN?" .bila dah kahwin belum dapat anak ditanya ,"BILA NAK ADA ANAK?" and also bila dah ada anak ,"BILA NAK TAMBAH LAGI?" like seriously you guys think that we are a factory ? like NOH said, "you are now judging Allah's gift . you sedang judge pemberian Tuhan". bila Allah nak bagi Dia akan bagi . kita siapa nak atur semuanya . 


  • and LAST, we married to be ONE ? WE ARE A TEAM ! NOT ME VS YOU !


HERE IS THAT VIDEO 


another du'a to be follow

YaAllah, please put the love of YOU and the love of RASULULLAH in our hearts, the deen and put the love that RASULULLAH had for KHADIJAH, and KHADIJAH had for RASULULLAH in our hearts for each other. and always increases imaan and continue to keep us together and choose us to always be together, to serve the deen, to serve humanity, to be together.



with love,
faradilaa ♥

Labels: , , , , ,



BENTO SUAMI 28/12/18


Hi Assalamualaikum

biasanya memang boleh dikatakan hari-hari lah farah buat lunch box untuk husband . cuma tak update di blog . banyak update di story ig . btw, follow ig farah -> @farahadila96 ☺️

so bento 28/12/18 is

🌹SPAGHETTI GORENG for breakfast
🌹NASI PUTIH, AYAM MASAK CABAI AND SAYUR CAMPUR for lunch

so resepi for spaghetti goreng senang je. 

BAHAN-BAHAN
✨ bawang putih dan bawang kecil
✨ cili blend
✨ perencah bihun goreng dari ADABI
✨ brokoli
✨ isi ayam
✨ sosej
✨ spaghetti yang dah direbus

CARA-CARA
🌹rebus dahulu spaghetti sehingga betul betul kembang. kalau tidak spaghetti akan keras bila sejuk
🌹tumis makcik bawang . eh tak , bawang bawang 😚
🌹masukkan cili blend
🌹masukkan perencah bihun goreng ADABI . farah guna perencah ni ni sebab sedap . walaupun untuk bihun tapi goreng spaghetti pun boleh 🤗
🌹masukkan isi ayam dan sosej
🌹masukkan brokoli
🌹perasakan dengan garam
🌹last, masukkan spaghetti dan gaul rata
🌹SPAGHETTI GORENG IS DONE WITH LOVE ♥️

SELAMAT MENCUBA !

with love,
faradilaa ♥️

Labels: , , , , , , ,



RESEPI : aiskrim oreo mudah


Hi Assalamualaikum

haritu farah scroll ig then video buat aiskrim muncul . nampak senang je .teringin nak buat . so hari nak shopping grocery farah listkan bahan bahannya sekali .

ICE-CREAM OREO

BAHAN-BAHAN 
full cream milk
oreo

2 tu je bahannya 😁 itu yang farah teringin sangat nak buat . farah dah beli susu dan oreo cuma ice cream mould je takde lagi . pergi kedai eco rm2 habis stok 😭 so terbengkalai lah projek ice cream farah .

so hari yang lain kami pergi jenjalan husband nak pergi mr.diy then alang-alang tu farah terus cari ice cream mould . nasib baik ada . balik tu terus farah buat 😊


ini bahan-bahan nya . dan ice cream mould yang farah beli dekat mr.diy
susu tu farah pilih jenama NESTLE sebab kononnya murah lah padahal beza berapa sen je dengan DUTCH LADY 😆

CARA-CARA
🌹first, farah patah patahkan oreo dan masukkan ke dalam mould
korang kalau buat bagi penuhkan oreo sampai atas tau . kalau tidak nanti bahagian bawah rasa susu je

🌹 then farah tuang susu sampai penuh

🌹 DONE . letak dalam freezer dan tunggu beku .boleh dah makan 😋

esoknya dah boleh nak makan tapi kami laki bini tk pandai nak keluarkan ice cream dari mould 😆 last last baru boleh juga keluarkan . dan inilah hasilnya :

sebabtu farah pesan korang letak oreo bagi penuh penuh . kang jadi macam farah . atas rasa oreo bawah rasa susu 😂 takpelah , first time buat kan .apa pun , sedappp 😋 lepasni husband cakap blender susu dengan oreo pulak 😉

SELAMAT MENCUBA

with love,
faradila 



Labels: , , , , , , , , , , ,



wordless wednesday


Hi Assalamualaikum


semoga yang membaca entry ni dilimpahkan rezeki seluas luasnya aminnn 🌹

Alhamdulillah , harini farah dapat bangun awal dan buat bekal untuk suami .

♥️ KUIH FOR BREAKFAST

LUNCH

♥️ NASI PUTIH
♥️ AYAM GORENG KFC HOMEMADE
♥️ SAYUR KOBIS
♥️ TELUR DADAR ROLLS


pecah peluh juga lah isteri ni nak sediakan breakfast and lunch . pagi ni kena lebih awal dari biasa sebab nak balik rumah mak yeayyy 😊 tido rumah mak ... rindu dekat anak buah sorang ni


mama farah buat special entry untuk anak buah sorang ni .. boleh tengok dekat sini ye . apa nama budak comel ni ? okay introduce to you my dear little bunny NUR AIRIN FALISHA yang bermaksud CAHAYA KEDAMAIAN DAN KETENANGAN ✨ Allahuakbar nama seindah rupa dan perwatakannya . baik je tak menangis pun . mama farah balik balik tengok airin dah botak 😭

harini takde cerita menarik pun yang nak dikongsi . nak spend time dengan airin and family 🌹

with love,
faradila ♥️

Labels: , , , ,



jom ubah cara doa kita


Hi Assalamualaikum ..

Happy Holiday to all Malaysian 🎉🎉🎉 happy kan duduk malaysia ? banyak cuti kita dapat . eh dengar dengar tahun depan lagi banyak cuti umum kan ? boleh lah korang plan nak pergi bercuti 😊

farah dan husband harini tak kemana pun . ambik peluang rehatkan badan di rumah . just scrolling instagram, twitter and whatsapp status .

and i'm found this while scrolling instagram and watching my following's story . and stuck at this story .




 this is a story from one of the members of Seventeen Band yang beberapa ahlinya turut terkorban dalam Tsunami di Selat Sunda, Indonesia . and before this his wife has been missing . Alhamdulillah his wife sudah dijumpai but sadly they found his "dead wife" :(

Allahuakbar . setiap hambaMu diberikan ujian yang berbeza beza . betapa Kau inginkan hambaMu menjadi seorang yang sangat kuat zahir dan batinnya . i cannot imagined if i'm in his situation. semoga isterinya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. 

if you now still with your family, your husband , your wife, your children and your beloved one, pls appreciate them selagi dorang masih ada di sisi korang . we will never know when our turn or their turn to back to Allah Subhanahuwataala ☝️ be good to everyone . be kind with your loved one ♥️

and i found this too 


MasyaAllah . banyaknya teguranMu kepadaku harini yaAllah . thanks for them who make a good story . 
actually it is true . farah memang selalu berdoa, "YaAllah engkau kuatkan lah aku . engkau tenangkanlah hatiku .engkau kuatkan lah hati ku untuk menerima segala dugaanMu" . yup . Allah mendengar segala rintinhan hambaNya . kita minta dikuatkan hati, Allah beri kita ujian untuk kita lebih kuat . supaya bilamana ada perkara yang tidak disangka sangka berlaku dalam hidup then kita boleh handle that situation . Allah, begitu rupanya . 

Aku mengaku aku tidak kuat dengan segala ujianMu . dan oleh sebab itu aku selalu berdoa untuk dikuatkan hati . rupanya Engkau ingin menguatkan lagi hatiku dengan memberi ujian-ujian yang aku sendiri lelah untuk menghadapinya . but i'm still thankful to Allah for all this happen to me, membuka mata aku dalam semua benda .

and now I want to change my Dua' . bukan sebab aku mengalah dengan ujian ujianNya, tetapi kerana aku ingin kan kesabaran yang tinggi dalam menempuh segala ujian yang bakal dihadapi kelak . we will never know what our future will be . so let's prepare our heart . mari sama sama kita ubah doa kita .

Ya Allah, engkau berikanlah aku kesabaran dan permudahkan lah segala urusan ku .


I believe in Allah, I believe in every promises that He said . I believe I will get a better things when I sabr with all His tests . If not in dunya, surely in Akhirat .I believe it ! 

Allahuakbar ...........♥️

with love,
faradila ♥️

Labels: , ,



RESEPI : kuey tiaw kungfu


Hi Assalamualaikum

farah nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada saudara kita di Selat Sunda .kira2 222 orang mangsa terkorban dalam tragedi tsunami berpunca dari letupan gunung berapi . semoga misi mencari dan menyelamat dipermudahkan . dunia semakin tenat . semoga kita diberikan hidayah dan petunjuk oleh Allah supaya sentiasa berada di jalan yang diredhaiNya.

baiklah . harini farah nak share resepi lagi . wahhh asyik asyik resepi , takde benda lain ke nk post ? ada je . cuma memandangkan farah cuma housewife dan tak kemana2 so farah asyik ke dapur dan memasak jelah . kalau farah pergi berjalan2 farah post lah entry berjalan2 😊 eh ada juga yang komen bila farah post entry pergi muzium haritu , "ingatkan blog ni pasal food je" kikiki tergelak farah 😁 Alhamdulillah ada juga yang kenal blog ni sebabkan makanan dan resepi yang farah post . memang itu sebenarnya tujuan comeback dalam dunia blog ni . nak share resepi mudah supaya semua orang suka dan nak cuba memasak 😉 di samping itu selitkan juga life farah .🤗

jom, farah nak share resepi KUEY TIAW KUNGFU ♥️ eh dengar macam susah je . boleh ke buat ni ? boleh korang . resepi ni senang je . rasa pun sama dekat kedai makan tauu . cuma ada 1 bahan je yang farah tak masukkan . nak tahu apa ? jom farah share resepi dulu .

BAHAN-BAHAN

✨bawang putih
✨cili padi dibelah tengah dan buang biji
✨telur 
1 bungkus kuey tiaw farah guna 2 biji telur
✨kuey tiaw
✨sayur yang farah guna ialah brokoli, kobis bunga dan carrot
✨isi ayam, udang dan sotong
✨tepung jagung sedikit sahaja dan dibancuh dengan air 

CARA-CARA
🌹jom settle kan kuey tiaw dulu . pecahkan telur dan masukkan kuey tiaw yang sudah dibasuh ke dalam telur tadi . gaul rata .
(farah tak masukkan kesemua kuey tiaw dalam 1 masa . farah separate kan untuk 2 orang makan )
🌹panaskan minyak dan goreng kuey tiaw tadi sampai jadi macamni

jadi macam farah buat tak ? kalau jadi jom pergi ke next step 
🌹guna kuali yang sama pun boleh , korang tumis bawang putih
🌹masukkan isi ayam dan tambah sedikit air . biar ayam empuk dulu
🌹masukkan sayur sayur tadi . tambahkan air ikut jumlah kuah yang korang nak . biarkan sekejap
🌹masukkan udang dan sotong
🌹perasakan dengan garam dan food seasoning
🌹last, masukkan sedikit demi sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan air tadi ke dalam kuali .
stop sampai rasa dah likat .
🌹 KUEY TIAW KUNGFU IS DONE WITH LOVE ♥️

Alhamdulillah rasa dia 97% sama dengan kedai makan siam 😂 nak tahu 3% lagi tu kurang apa ? tadi farah ada cakap farah tak letak 1 bahan kan . jawapannya adalah cuka ! yup . kalau korang pergi kedai makan, mintak kuey tiaw rasa yang korang dapat adalah sedikit masam2 pedas . sedap ! memang sedap . tapi bila nak masak farah tak letak cuka sebab husband cakap tak payah lah , cuka bersifat tajam . kang ada pulak yang sakit perut gastrik 😂 see gaiss, dia sedang mengsarkastikkan farah 😑

puas hati dapat buat sendiri . atleast kita tahu bahan apa yang kita guna dan kebersihan pun terjamin 😊

SELAMAT MENCUBA !

with love,
faradila ♥️

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

disebabkan cili tadi farah belah tengah dan buang biji, tengok lah hasilnya 
👇


farah kena pegang ice pack setiap masa sebab tangan farah burn ! 😭😭😭 memang tangan farah tak tahan kalau kena biji cili . korang tahu tak macamana nak hilangkan burn sebab biji cili dengan cepat ? sebab sakit sangat . lepasni memang kena beli sarung tangan plastik bila nak pegang cili 😢




Labels: , , , , , , , ,