Farah 'Adila
Girlies in De House ♥
refresh profile fav blog recipes tips review



established 2011
FROM A GIRL TO A LADY
FROM SINGLE TO MARRIED ☺
Alhamdulillah Allah bawa awak kesini untuk berkenalan dengan saya . Terima kasih ☺

FOR ANY COLLABORATION, REVIEW AND ADVERTORIAL CONTACT ME AT
✓ email: syadila11@gmail.com
✓ whatsapp: 0182894220
✓ ig : @farahadila96






SPM 9A
MASUK U
SPA (KKM)
KERJA TETAP
KAHWIN



RESEPI : RENDANG AYAM


Hai Assalamualaikum .

lamanya tak bersiaran . ada yang rindu ke ? 🤭 farah sibuk dengan bisnes baru farah . btw, farah dan husband come out with new idea in business . kami menjual AISKRIM HOMEMADE 🍦 ! tapi baru kecil kecilan di rumah sahaja . ada orang order kami akan COD or dorang pick up sendiri . wish us luck and having rezeki yang tak pernah putus ye ❤️


okay korang . farah nak share resepi baru . sape nak ? angkat tangan cepattttttt !!! 

about a week ago, farah rasa macam nak masak rendang . tapi farah taktahu camne . tak pernah buat langsung . dah siap keluarkan ayam untuk defrost ,farah minta husband ambilkan daun kunyit dekat luar . mak mertua memang tanam . macam macam dia tanam tau . ada serai, pokok cili ,pokok kari, daun kunyit, daun kesum and bunga kantan. ini yang farah tahu lah . then, kebetulan mak mertua ada di luar (rumah farah n rumah mertua sebelah je 😁) farah terus tanya tanya mak camne mak masak rendang . mak cakap buh serai . ohh serai ! suruh husband ambilkan jugak . farah tak pandai sebab farah tak penah bermain dengan pokok pokok ni . cara nak ambil pun taktahu sebab farah duduk di area taman, husband di kampung so dia lebih arif . then mak cakap, lengkuas pun buh jugak .lengkuas ? nak cari mana ? then mak cakap ada tanam tepi kandang kucing . yaAllah farah taktahu langsung kewujudan lengkuas . 

sambil husband ambil semua bahan di laman tanaman tu sempat jugak farah korek resepi daripada mak . okay boleh la ingat sikit sikit 😂 yang lain2 tu kalau lupa farah google aje lah . 


BAHAN BAHAN 
✔️ untuk diblend 
🦗 bawang putih
🦗 bawang merah
🦗 halia
🦗 serai
🦗 lengkuas
🦗 cili kering (farah letak dalam 10-15 tangkai)

✔️lain lain
🦗 ayam / daging
🦗 daun kunyit dihiris nipis
🦗 santan pekat
🦗 kerisik (farah letak dalam 2 sudu)
🦗 air sedikit
🦗 daun limau purut (tapi farah perah air limau sedikit)
🦗 asam keping

CARA-CARA
🌹 bahan blend diblend kasar sahaja . jangan lumat sangat. sebaiknya gunting cili kering dan buang dahulu bijinya
🌹panaskan minyak . minyak banyak sikit takpe . 
🌹masukkan bahan blend tadi . masak sehingga pecah minyak
🌹seterusnya masukkan asam keping dan gula
🌹masukkan perahan limau / daun purut
🌹masukkan kerisik
🌹masukkan santan pekat dan sedikit air . time ni kena selalu kacau tau takut santan pecah lemak . hanya tunggu sehingga ia mendidih sedikit 
🌹masukkan ayam dan tunggu biar ia lembut . api slow sikit .
🌹biar lama sikit sebab nak bagi kuah sikit dan pekat
🌹perasakan dengan garam
🌹dah nampak macam rupa rendang and kuah dah sedap , boleh masukkan daun kunyit dan gaul rata
(kuah nye akan rasa pedas pedas manis 😊)
🌹RENDANG AYAM IS DONE WITH LOVE ❤️

sebelum tutup api farah suruh husband rasa sikit sama tak dengan mak mertua . nervous jugak . bila husband rasa terus dia cakap , "PERGHHH, A LAH SAYANG" .menari nari kami berdua 😁😁

tapi farah nak tahu juga macamana rendang mak jadi macam warna HIJAU KEKUNINGAN ? mak bagi resepi guna cili kering . kalau guna cili hijau mesti rendang hijau kan . rupanya senyap senyap husband pegi tanya mak dia , balik rumah dia bagitahu mak MASUKKAN SEDIKIT SERBUK KUNYIT .

so , farah dah achieve another step ! tengoklah hasil RENDANG AYAMKU . kuah tak pekat habis sebab terlampau lapar , tak tertahan rasanya nak tunggu sampai pekat 😂


rasanya memang A . tak caya cubalah resepi tu 😊

farah cakap kat husband , sedap harini jelah nanti buat kali kedua taktahu rasa apa pulak 😅 dia cakap tulis jangan tak tulis . so kita tulis disini aje ye 😊


SELAMAT MENCUBA !

with love,
faradila ❤️

Labels: , , , , , , , , , , ,



Blogger Sha Mohamed said...

Sedapnya kalau ada pulut, takpun lemang.. Pergh!! Layan..

 
Blogger Unknown said...

ish sedap nya .pulut kuning pulak kan 😋

 
Blogger Unknown said...

This comment has been removed by the author.

 

Post a Comment