|
|
RESEPI : RENDANG AYAM
![]() Hai Assalamualaikum . lamanya tak bersiaran . ada yang rindu ke ? 🤭 farah sibuk dengan bisnes baru farah . btw, farah dan husband come out with new idea in business . kami menjual AISKRIM HOMEMADE 🍦 ! tapi baru kecil kecilan di rumah sahaja . ada orang order kami akan COD or dorang pick up sendiri . wish us luck and having rezeki yang tak pernah putus ye ❤️
okay korang . farah nak share resepi baru . sape nak ? angkat tangan cepattttttt !!!
about a week ago, farah rasa macam nak masak rendang . tapi farah taktahu camne . tak pernah buat langsung . dah siap keluarkan ayam untuk defrost ,farah minta husband ambilkan daun kunyit dekat luar . mak mertua memang tanam . macam macam dia tanam tau . ada serai, pokok cili ,pokok kari, daun kunyit, daun kesum and bunga kantan. ini yang farah tahu lah . then, kebetulan mak mertua ada di luar (rumah farah n rumah mertua sebelah je 😁) farah terus tanya tanya mak camne mak masak rendang . mak cakap buh serai . ohh serai ! suruh husband ambilkan jugak . farah tak pandai sebab farah tak penah bermain dengan pokok pokok ni . cara nak ambil pun taktahu sebab farah duduk di area taman, husband di kampung so dia lebih arif . then mak cakap, lengkuas pun buh jugak .lengkuas ? nak cari mana ? then mak cakap ada tanam tepi kandang kucing . yaAllah farah taktahu langsung kewujudan lengkuas .
sambil husband ambil semua bahan di laman tanaman tu sempat jugak farah korek resepi daripada mak . okay boleh la ingat sikit sikit 😂 yang lain2 tu kalau lupa farah google aje lah .
BAHAN BAHAN
✔️ untuk diblend
🦗 bawang putih
🦗 bawang merah
🦗 halia
🦗 serai
🦗 lengkuas
🦗 cili kering (farah letak dalam 10-15 tangkai)
✔️lain lain
🦗 ayam / daging
🦗 daun kunyit dihiris nipis
🦗 santan pekat
🦗 kerisik (farah letak dalam 2 sudu)
🦗 air sedikit
🦗 daun limau purut (tapi farah perah air limau sedikit)
🦗 asam keping
CARA-CARA
🌹 bahan blend diblend kasar sahaja . jangan lumat sangat. sebaiknya gunting cili kering dan buang dahulu bijinya
🌹panaskan minyak . minyak banyak sikit takpe .
🌹masukkan bahan blend tadi . masak sehingga pecah minyak
🌹seterusnya masukkan asam keping dan gula
🌹masukkan perahan limau / daun purut
🌹masukkan kerisik
🌹masukkan santan pekat dan sedikit air . time ni kena selalu kacau tau takut santan pecah lemak . hanya tunggu sehingga ia mendidih sedikit
🌹masukkan ayam dan tunggu biar ia lembut . api slow sikit .
🌹biar lama sikit sebab nak bagi kuah sikit dan pekat
🌹perasakan dengan garam
🌹dah nampak macam rupa rendang and kuah dah sedap , boleh masukkan daun kunyit dan gaul rata
(kuah nye akan rasa pedas pedas manis 😊)
🌹RENDANG AYAM IS DONE WITH LOVE ❤️
sebelum tutup api farah suruh husband rasa sikit sama tak dengan mak mertua . nervous jugak . bila husband rasa terus dia cakap , "PERGHHH, A LAH SAYANG" .menari nari kami berdua 😁😁
tapi farah nak tahu juga macamana rendang mak jadi macam warna HIJAU KEKUNINGAN ? mak bagi resepi guna cili kering . kalau guna cili hijau mesti rendang hijau kan . rupanya senyap senyap husband pegi tanya mak dia , balik rumah dia bagitahu mak MASUKKAN SEDIKIT SERBUK KUNYIT .
so , farah dah achieve another step ! tengoklah hasil RENDANG AYAMKU . kuah tak pekat habis sebab terlampau lapar , tak tertahan rasanya nak tunggu sampai pekat 😂
rasanya memang A . tak caya cubalah resepi tu 😊
farah cakap kat husband , sedap harini jelah nanti buat kali kedua taktahu rasa apa pulak 😅 dia cakap tulis jangan tak tulis . so kita tulis disini aje ye 😊
with love, faradila ❤️ Labels: makan apa hari ini, makan makan, rendang ayam, rendang ayam hijau, rendang ayam merah, rendang tok, resepi mak mentua, resepi malaysia, resepi melayu, resepi mudah, resepi rendang ayam, resepi sedap
resepi : BIHUN GORENG SINGAPORE
![]() Hi Assalamualaikummm 💕
ini bihun goreng singapore pertama farah 😊 sebelum ni buat bihun goreng merah atau kicap je . itupun banyak kali fail 👎 tapi tak sangka bihun goreng singapore lagi senang dari bihun goreng lain . lepasni memang farah asyik buat bihun goreng singapore jelah 😁
bahan bahan :
🌸 bawang putih dan bawang besar
🌸 bihun
🌸 isi ayam dan udang
🌸 fishball dan fishcake
🌸 carrot dan kobis
🌸 sos blackpepper
🌸 sebiji telur (depend dengan berapa kuantiti bihun tauu)
cara cara :
🌷 panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar
🌷 masukkan sos blackpepper . farah first time tau dan tak suka blackpepper sebab panas lada so farah letak sikit je tadi . tapi nak lagi sedap masukkan je banyak sikit okay
🌷 masukkan isi ayam dan udang serta carrot . carrot masuk awal sebab nak bagi lembut
🌷 pecahkan telur
🌷 perasakan dengan garam
🌷 dah sedap kan ? masukkan bihun serta kobis dan gaul sampai sebati
🌷 BIHUN GORENG SINGAPORE DONE WITH LOVE ❤️
SELAMAT MENCUBA ✨
with love,
faradila ❤️
Labels: resepi best, resepi bihun goreng singapore, resepi bihun putih, resepi bihun singapore, resepi masakan, resepi mudah, resepi sedap, resepi surirumah |







