|
if this way makes you happy, go ahead .
assalamualaikum.. sekadar mencurahkan isi hati bukan menagih simpati :') aku tak tahu nak mulakan macamana .29 april 2013 , petang tuh kami ada tuisyen addmath dekat sekolah .aku macam biasa. dia pun macam biasa .balik rumah, texting macam biasa .tapi bila malam ,dia dah tak reply text aku .aku call dia banyak kali tapi satu pun dia tak angkat .aku jadi gelisah takut dia jadi apa-2 sebab dia tuu pun selalu bawak moto malam-2 .kot lar excident ke apa. dengan muka merahnya aku call mak dia .dia ada jaa kat rumah .aku dah tak sedap hati .kenapa selalu jadi macamni ? aku seperti tak dipedulikan .aku tanya dia sendiri , kenapa ni ? dia cakap takde apa .aku tanya lagi . dia : bie tanak couple dah aku terdiam .tetiba air mata aku jatuh .mengalir laju jaa . me : kenapa ? dia : tanak arr .serabut . me : apa salah saya ? dia : sayang takde salah apa pun .bie memang tanak couple dah . me : bie ada orang lain ? dia : bie tanak couple dengan sapa dah .bie nak single jaa .serabut laa semua nih . aku buat dia serabut ? tapi kenapa sekarang baru kata serabut ? kenapa lepas dia sentuh hati aku baru dia cakap semua nih serabut ? mak masuk bilik .mak tengok aku nangis .dengan suara ketar aku cakap, "syamin tanak kawan dengan kak farah dah ". mak terus ambil handphone . "kenapa ni? kenapa farah nanges ? syamin dah janji macam-2 kan dulu ,kenapa buat macamni ? " .dia diam jaaa . lama jugak mak cakap dengan dia .last mak cakap yang mak akan bagi balik semua barang-2 yang dia dah bagi dekat aku .dan dia jawab, "okayy" . mak bagi balik handphone dekat aku , " sayang, bie minta maaf ." ."jangan panggil sayang kalau tak sayang. farah takkan maafkan." ."janganlah macamni, bie minta maaf." .aku matikan call tuh . salahkan setia dalam perhubungan ? kita setia tapi kesetiaan kita tak dihargai .kita sayang sepenuh hati tapi fikir balik, sayang dia kepada kita sama kaa dengan sayang kita kepada dia ? aku fikir dia sayang aku macam aku sayang dia tapi bila dia cakap "kalau kita couple balik pun, sayang bie dekat sayang dah hilang ". aku cuba pujuk dia ,kita couple balik ye .aku janji aku akan berubah .aku takkan buat dia serabut lagi tapi dia keras kepala .dia dengan pendirian dia jugak .aku mengalah jugak akhirnya . 2 hari sebelum tuu, kami otp .dia cakap sayang macam biasa.aku memang tak perasan langsung yang dia akan berubah .sekelip mata dia hilang dari genggaman aku .dan sekelip mata jaa dia bukan milik aku lagi . akhir-2 nih, memang dia selalu tak peduli aku sebab satunya dia banyak habiskan masa dengan kawan-2 .tambah pulak sekarang musim pilihanraya mulalah sibuk pasang bendera lar konvoi lar. handphone memang entah kemana lah .then, kawan-2 dia ramai yang single jadi dia rasa hidup single lebih baik and tidak serabut than couple .pasal perempuan lain, itu aku tak tahu . hari khamis, mak text dia suruh datang ambil barang-2 yang dia bagi balik .mak cakap kalau dia masih sayang, dia takkan ambil balik barang-2 tuh .aku berharap sangat dia cakap kat mak yang dia tanak langsung barang-2 tuh .tapi aku silap .syamin sekarang bukan syamin yang aku kenal .dia pegi jumpa mak and ambil semua barang-2 yang dia hadiahkan dekat aku .bayangkan macamana perasaan aku masa mak bagitau dekat aku .hati aku hancur sangat .teruknya dia buat dekat aku .kalau dia dah tak sayang. takpe .aku faham sebab hati manusia selalu berubah .tapi bila dia berkeras jugak nak balik semua yang dia bagi, aku sedar dia bukan milik aku lagi .dia memang tak sayang aku lagi. seharian aku menangis sebab nih .sendirian .bila depan semua, aku senyum , aku gelak macam biasa .tapi aku tahu, adik beradik yang lain dah tahu pasal semua nih .aku biar jaa .dekat akak aku tak bagitahu .aku tak ready lagi .akak cakap dekat mak yang aku kuat .yaa aku yakin aku kuat sebab aku cuma menangis sehari jaa .lepastu, dah takde air mata buat dia .aku tanak menangis sebab dia .langsung tanak .kawan-2 pun cakap aku kuat .aku tanak depa simpati dekat aku .bohonglah kalau aku tak bersedih langsung, tapi benda tuh dah jadi kan .orang dah tanak kat kita .aku tanak jadi perempuan yang terhegeh . awak, ambil lah .ambil lah semua barang-2 yang awak bagi tuh .saya tahu saya tak kaya macam awak .kita tak setaraf .kalau saya tahu akhirnya awak akan buat saya jatuh macamni, saya takkan terima lamaran awak dulu .kenapa perlu sentuh hati saya, janji macam-2 kalau awak tahu awak tak mampu nak kotakan semua janji tuh dan buat saya gembira ? ya saya mengaku, awak memang selalu buat saya bersedih .tapi kepergian awak lagi buat hati saya hancur . saya harap awak buat keputusan yang bijak .kalau melepaskan saya buat awak bahagia, teruskan .kalau single tuh boleh hilangkan keserabutan awak tuh, baguslah. kalau awak melepaskan saya untuk bersama orang lain, buat lah .saya memang tak mampu nak bahagiakan awak .saya bukan perempuan yang boleh keluar rumah sesuka hati pergi sana pergi sini macam yang awak nak, saya tak cantik tapi cuma satu yang perlu awak tahu, awak mungkin takkan dapat perempuan yang sanggup berkorban masa dia untuk ajar awak subjek itu subjek ini, yang setia dengan awak seorang jaa, yang sayang awak sepenuh hati dia ! .mulai saat ini, perasaan saya terhadap awak makin hilang bersama barang-2 yang dah awak ambil tuh .di mata awak, saya mungkin perempuan yang lemah tapi di mata orang lain, saya seorang yang kuat .saya dah tak perlukan awak .tapi satu awak kena ingat . kalau kita buat salah dengan Allah, kita boleh bertaubat, minta ampun dengan Allah .tapi kalau kita buat salah dengan manusia, kita kena minta maaf dekat orang tuu .saya takkan maafkan awak .biarlah orang nak cakap apa pun .
aku dah lega sekarang .memang susah nak lupakan seseorang tapi cipta satu kebencian dalam diri tentang dia, pasti awak boleh lupakan .aku tak kejam .tapi aku terpaksa jadi kejam .untuk kebaikan aku .aku nak exam minggu depan .aku tak tahu macamana result aku nanti .yang aku pasti, mesti down punya haha :'D
okayy lah .yang couple tuh, saya doakan korang bahagia .kekalkan selama yang boleh .please jangan lukakan hati each other .sakit sangat rasanya .kalau bergaduh, selesaikan dengan cara elok bukan ikut hati .
kepada kaum adam, tolong jangan sakitkan hati kaum hawa nih .kami kaum yang mudah tersentuh hati .so kalau nak main-2 jaaa , jangan sesekali sentuh hati kami .tolong jangan permainkan hati orang yang betul-2 sayang awak .
for my ex.
kalau awak macamni akhirnya,
saya akan bertepuk tangan gembira untuk awak
hahahahaha :D
|
This comment has been removed by a blog administrator.
Post a Comment