|
RESEPI : kuey tiaw kungfu
![]() Hi Assalamualaikum farah nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada saudara kita di Selat Sunda .kira2 222 orang mangsa terkorban dalam tragedi tsunami berpunca dari letupan gunung berapi . semoga misi mencari dan menyelamat dipermudahkan . dunia semakin tenat . semoga kita diberikan hidayah dan petunjuk oleh Allah supaya sentiasa berada di jalan yang diredhaiNya. baiklah . harini farah nak share resepi lagi . wahhh asyik asyik resepi , takde benda lain ke nk post ? ada je . cuma memandangkan farah cuma housewife dan tak kemana2 so farah asyik ke dapur dan memasak jelah . kalau farah pergi berjalan2 farah post lah entry berjalan2 😊 eh ada juga yang komen bila farah post entry pergi muzium haritu , "ingatkan blog ni pasal food je" kikiki tergelak farah 😁 Alhamdulillah ada juga yang kenal blog ni sebabkan makanan dan resepi yang farah post . memang itu sebenarnya tujuan comeback dalam dunia blog ni . nak share resepi mudah supaya semua orang suka dan nak cuba memasak 😉 di samping itu selitkan juga life farah .🤗 jom, farah nak share resepi KUEY TIAW KUNGFU ♥️ eh dengar macam susah je . boleh ke buat ni ? boleh korang . resepi ni senang je . rasa pun sama dekat kedai makan tauu . cuma ada 1 bahan je yang farah tak masukkan . nak tahu apa ? jom farah share resepi dulu .
BAHAN-BAHAN
✨bawang putih
✨cili padi dibelah tengah dan buang biji
✨telur
1 bungkus kuey tiaw farah guna 2 biji telur
✨kuey tiaw
✨sayur yang farah guna ialah brokoli, kobis bunga dan carrot
✨isi ayam, udang dan sotong
✨tepung jagung sedikit sahaja dan dibancuh dengan air
CARA-CARA
🌹jom settle kan kuey tiaw dulu . pecahkan telur dan masukkan kuey tiaw yang sudah dibasuh ke dalam telur tadi . gaul rata .
(farah tak masukkan kesemua kuey tiaw dalam 1 masa . farah separate kan untuk 2 orang makan )
🌹panaskan minyak dan goreng kuey tiaw tadi sampai jadi macamni
jadi macam farah buat tak ? kalau jadi jom pergi ke next step
🌹guna kuali yang sama pun boleh , korang tumis bawang putih
🌹masukkan isi ayam dan tambah sedikit air . biar ayam empuk dulu
🌹masukkan sayur sayur tadi . tambahkan air ikut jumlah kuah yang korang nak . biarkan sekejap
🌹masukkan udang dan sotong
🌹perasakan dengan garam dan food seasoning
🌹last, masukkan sedikit demi sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan air tadi ke dalam kuali .
stop sampai rasa dah likat .
🌹 KUEY TIAW KUNGFU IS DONE WITH LOVE ♥️
Alhamdulillah rasa dia 97% sama dengan kedai makan siam 😂 nak tahu 3% lagi tu kurang apa ? tadi farah ada cakap farah tak letak 1 bahan kan . jawapannya adalah cuka ! yup . kalau korang pergi kedai makan, mintak kuey tiaw rasa yang korang dapat adalah sedikit masam2 pedas . sedap ! memang sedap . tapi bila nak masak farah tak letak cuka sebab husband cakap tak payah lah , cuka bersifat tajam . kang ada pulak yang sakit perut gastrik 😂 see gaiss, dia sedang mengsarkastikkan farah 😑
puas hati dapat buat sendiri . atleast kita tahu bahan apa yang kita guna dan kebersihan pun terjamin 😊
SELAMAT MENCUBA !
with love,
faradila ♥️
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
disebabkan cili tadi farah belah tengah dan buang biji, tengok lah hasilnya
👇
farah kena pegang ice pack setiap masa sebab tangan farah burn ! 😭😭😭 memang tangan farah tak tahan kalau kena biji cili . korang tahu tak macamana nak hilangkan burn sebab biji cili dengan cepat ? sebab sakit sangat . lepasni memang kena beli sarung tangan plastik bila nak pegang cili 😢
Labels: cara menghilangkan burn akibat cili, kisah blogger, kisah suri rumah tanggah, kuey tiaw kungfu, makanan petang, resepi kuey tiaw kungfu, resepi masakan, resepi mudah, share resepi |
takpernah masak lagi kueytiaw kungfu ni, selalu kawan buat kan hahaha. alahai sama la dengan sha, takboleh kena cili :3 selalunya rendam dalam ketul ais haha
lepasni boleh try eh 🤗 iye sama ! kena sentiasa pegang benda sejuk kalau tak mmg sakit sangat mcm terbakar kulit .
Sy suka mkn kuey teow kungfu. Pernah try buat, kuah menjadi tp kuey teow tu x 😂
farah pun first time buat . selalu order kat kedai je 😁
Tak pernah masak lagi menu ni..makan pun macam dah lama xmakan. Teringinlah pula hehe
hehe jom cuba buat .