tentang ABAH
Assalamualaikum .. Happy Monday 💃 or do you have MONDAY BLUES ?
macam yang orang selalu cakap, "HERO SEORANG PEREMPUAN ADALAH AYAHNYA SENDIRI. YANG TIDAK AKAN BUAT DIA MENANGIS. YANG AKAN SELALU PENUHI APA SAHAJA KEINGINANNYA."
my ABAH is really a unique person . dari segi fizikal, abah tak sado macam ayah orang lain . abah tak tinggi macam ayah orang lain . abah snore LOUD 💢 . abah has BUNCIT belly like he overdue for a labor 😃
ABAH has many lack in what him doing . like everything mak yang bagi arahan . abah kena ambik adik sekolah pukul ni ni ni. abah kena buat itu abah kena buat ini . like everything kena disuruh . kekadang mak jadi stress sebab perangai abah . always repeat the same mistakes.
dulu waktu zaman sekolah , kami pergi sekolah dengan mak . abah sorang-2 pergi kerja sebab there's difference way of mak and abah's workplace. so kami punya masa banyak bersama dengan mak .and aku dan adik-2 tak berapa rapat dengan abah . abah bila balik kerja dia buat hal dia then masuk bilik ,tidur . because he is really a silent person . bunyi abah berdengkur je dengar 😜
YUP. EVERYONE IS NOT PERFECT . ABAH has lacking in every way but he was AWESOME in his way .
aku sangat respect abah tentang satu hal iaitu dia sangat MENGHORMATI wanita .kenapa ? semua orang tahu, tambah ustaz-2 yang bagi ceramah pun ada menceritakan perempuan sifatnya suka membebel. ada sahaja yang tidak kena . seolah-2 perempuan sahaja yang betul dalam dunia ni . satu benda yang abah buat bila mak membebel ialah ABAH tak melawan balik . yup . nampak lembik kan ? eh jatuhlah ego kalau aku tak lawan balik . i don't think like that . abah tak melawan malah menurut apa yang mak cakap .
then, bila ada benda yang abah buat salah , mak akan tegur . selalu lelaki bila perempuan tegur kesalahan dia , dia melenting balik. tapi abah tak . abah take it as a joke . abah gelak dengan kesalahan yang dia buat dan dalam masa yang sama dia perbaiki kesalahannya .then kami satu family pun gelak dengan cara abah . dia tak buat suasana semakin tegang malah dia buat suasana jadi ceria .
abah suka urut mak dari belakang so that marah mak akan reda 💓 tapi walaupun abah selalu dengar cakap mak, apa-2 keputusan pun sebenarnya dari abah . mak akan ikut . sebab abah adalah ketua keluarga.
dulu kami fikir abah macam takde perasaan je .my ABAH is not a romantic person . but bila aku pergi kerja dengan abah , on the way to home, aku selalu mintak abah berhenti kedai makan dulu sebab lapar. then abah cakap "nanti letih mak masak" . atau abah akan bungkuskan jugak makanan untuk orang kat rumah . tapi bila lapar sangat kekadang kami curi-2 gak makan and bila sampai rumah abah and aku akan buat-2 lapar and makan jugak apa yang mak sediakan 😤
abah pandai buat kerja rumah . tiap-2 minggu abah akan teman mak pergi pasar . balik je dari pasar , abah akan duduk juga kat dapur tolong memasak . abah siang ikan , ayam , and kekadang ada lauk abah yang masak since mak dah tak sihat macam dulu nak buat kerja rumah . abah sidai kain . abah memang hebat buat kerja rumah sampai mak cakap, "abah ni anak lelaki ke perempuan?" hehehe . nasi goreng abah the BEST 💗
abah hebat di rumah dan juga di tempat kerja . he knows how to balance problems at home and at work . baru-2 ni abah got reward from his boss sebab kerja dia EXCELLENT 💃💃💃💃
dia dapat semua tu dari hasil titik peluh dia sendiri . yes abah also got problem with his work . abah adalah ketua . tapi orang bawahan dia ada yang malas, ada yang sakit, ada yang dah pencen . and all the work is on himself . abah yang banyak tanggung kerja dorang . sampai rambut abah dah tak nampak rambut hitam dah 😢 kesian abah . kalau abah kena kerja dekat luar, abah kena drive sendiri tau . bukannya ada driver pun . pergi ipoh sendiri .drive sendiri .tapi abah tak pernah merungut. abah still boleh sembang dengan kami malam-2. dia ambik tahu pasal anak-2 dia . tapi kekadang tetengah sembang abah boleh tertidur . and kami fikir benda tu lawak sangat .abah still have fun with his family because he is a professional person . abah tak merungut letih . opss . i think i terlebih memuji abah dah ni 😝
abah anak bongsu. tapi abah boleh buat semua kerja . abah bagitahu masa lepas stpm abah terus keluar dari rumah pergi cari kerja dekat penang . abah duduk rumah kakak abah . tapi pergi kerja naik basikal . abah kerja kilang roti waktu tu . lepastu abah dapat kerja kerani masa umur abah 22 tahun . abah duduk jauh dari family . menyewa sahaja . lepastu kawen dengan mak . abah carikan rumah yang selesa walaupun kecil untuk mak dan abah duduk . walaupun rumah tok dekat sangat dengan rumah sewa .abah dan mak tak duduk dengan family . mak dan abah nak belajar berdikari. bila dah ada kakak, abah baru beli kereta . and Alhamdulillah hidup kami sekarang selesa berkat kegigihan abah dan mak .
sebabtu aku cukup marah bila ada orang perlekehkan abah . bagi mereka, abah adalah orang yang boleh dipersenda. aku sedih dengan orang yang macamtu . walaupun abah lack of communication, abah tetap sempurna di mata kami . abah tak pandai sangat bergaul dengan orang, sebabtu orang boleh layan abah macamtu . tapi bila nak mintak tolong , boleh pulak cakap baik-2.
i love ABAH so much . HERO KAMI 💞
love,
faradila ♥
almost crying reading this :'(
Post a Comment