|
|
RESEPI : kuey tiaw kungfu
![]() Hi Assalamualaikum farah nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada saudara kita di Selat Sunda .kira2 222 orang mangsa terkorban dalam tragedi tsunami berpunca dari letupan gunung berapi . semoga misi mencari dan menyelamat dipermudahkan . dunia semakin tenat . semoga kita diberikan hidayah dan petunjuk oleh Allah supaya sentiasa berada di jalan yang diredhaiNya. baiklah . harini farah nak share resepi lagi . wahhh asyik asyik resepi , takde benda lain ke nk post ? ada je . cuma memandangkan farah cuma housewife dan tak kemana2 so farah asyik ke dapur dan memasak jelah . kalau farah pergi berjalan2 farah post lah entry berjalan2 😊 eh ada juga yang komen bila farah post entry pergi muzium haritu , "ingatkan blog ni pasal food je" kikiki tergelak farah 😁 Alhamdulillah ada juga yang kenal blog ni sebabkan makanan dan resepi yang farah post . memang itu sebenarnya tujuan comeback dalam dunia blog ni . nak share resepi mudah supaya semua orang suka dan nak cuba memasak 😉 di samping itu selitkan juga life farah .🤗 jom, farah nak share resepi KUEY TIAW KUNGFU ♥️ eh dengar macam susah je . boleh ke buat ni ? boleh korang . resepi ni senang je . rasa pun sama dekat kedai makan tauu . cuma ada 1 bahan je yang farah tak masukkan . nak tahu apa ? jom farah share resepi dulu .
BAHAN-BAHAN
✨bawang putih
✨cili padi dibelah tengah dan buang biji
✨telur
1 bungkus kuey tiaw farah guna 2 biji telur
✨kuey tiaw
✨sayur yang farah guna ialah brokoli, kobis bunga dan carrot
✨isi ayam, udang dan sotong
✨tepung jagung sedikit sahaja dan dibancuh dengan air
CARA-CARA
🌹jom settle kan kuey tiaw dulu . pecahkan telur dan masukkan kuey tiaw yang sudah dibasuh ke dalam telur tadi . gaul rata .
(farah tak masukkan kesemua kuey tiaw dalam 1 masa . farah separate kan untuk 2 orang makan )
🌹panaskan minyak dan goreng kuey tiaw tadi sampai jadi macamni
jadi macam farah buat tak ? kalau jadi jom pergi ke next step
🌹guna kuali yang sama pun boleh , korang tumis bawang putih
🌹masukkan isi ayam dan tambah sedikit air . biar ayam empuk dulu
🌹masukkan sayur sayur tadi . tambahkan air ikut jumlah kuah yang korang nak . biarkan sekejap
🌹masukkan udang dan sotong
🌹perasakan dengan garam dan food seasoning
🌹last, masukkan sedikit demi sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan air tadi ke dalam kuali .
stop sampai rasa dah likat .
🌹 KUEY TIAW KUNGFU IS DONE WITH LOVE ♥️
Alhamdulillah rasa dia 97% sama dengan kedai makan siam 😂 nak tahu 3% lagi tu kurang apa ? tadi farah ada cakap farah tak letak 1 bahan kan . jawapannya adalah cuka ! yup . kalau korang pergi kedai makan, mintak kuey tiaw rasa yang korang dapat adalah sedikit masam2 pedas . sedap ! memang sedap . tapi bila nak masak farah tak letak cuka sebab husband cakap tak payah lah , cuka bersifat tajam . kang ada pulak yang sakit perut gastrik 😂 see gaiss, dia sedang mengsarkastikkan farah 😑
puas hati dapat buat sendiri . atleast kita tahu bahan apa yang kita guna dan kebersihan pun terjamin 😊
SELAMAT MENCUBA !
with love,
faradila ♥️
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
disebabkan cili tadi farah belah tengah dan buang biji, tengok lah hasilnya
👇
farah kena pegang ice pack setiap masa sebab tangan farah burn ! 😭😭😭 memang tangan farah tak tahan kalau kena biji cili . korang tahu tak macamana nak hilangkan burn sebab biji cili dengan cepat ? sebab sakit sangat . lepasni memang kena beli sarung tangan plastik bila nak pegang cili 😢
Labels: cara menghilangkan burn akibat cili, kisah blogger, kisah suri rumah tanggah, kuey tiaw kungfu, makanan petang, resepi kuey tiaw kungfu, resepi masakan, resepi mudah, share resepi
RESEPI : roti sardin viral
![]() Hi Assalamualaikum.. banyak minggu dah farah teringin nak buat Roti Sardin . ini semua sebab asyik tengok video masakan yang viral di ig . then 2 hari lepas farah mintak kat hubby nak beli roti putih dan sardin . pagi esoknya terus nak try . sebelum tu farah nak tanya, korang buat roti sardin cemane ? selalu farah buat cuma lenyekkan sardin , sapukan ke atas roti , combine kan 2 keping roti then baru celup ke dalam telur yang dah dipukul . tapi kaliniii berbeza tauu . rasanya pun sedap sangat . jom kita tengok cara membuatnya
BAHAN-BAHAN
🍂 roti putih . farah guna gardenia
🍂 sardin tin
🍂 mayonis
🍂 bawang kecil
🍂 telur
🍂 garam
🍂 daun sup (kalau ada letaklah . lagi sedap ☺️)
🍂 cili padi
CARA-CARA
🌹keluarkan sardin dari tin dan lenyek lenyekkan
🌹gaulkan dengan mayonis
🌹masukkan bawang kecil, cili padi, daun sup dan juga garam
🌹gaulkan kesemuanya
🌹pecahkan telur dan gaul kesemuanya
🌹seterusnya, potong roti 2 bahagian berbentuk segitiga
🌹celupkan roti dalam adunan tadi dan goreng
🌹Roti Sardin Viral is done with love ♥️
thankyou sfs_kitchen untuk resepi yang sedap ni . farah makan sambil menari nari 😊
SELAMAT MENCUBA ! ✨
love,
faradila ♥️
Labels: ayam brand sardine, breakfast, breakfast ideas, kisah suri rumah, makan pagi, makanan pagi, mayonis kimball, resepi homemade, resepi masakan, roti gardenia, roti sardin, roti sardin viral
RESEPI : POPIA CHEESE CARBONARA
![]() Morningg peeps 🌞 semalam farah balik tidur rumah mak . kebetulan kakak cuti dan adik-adik semua ada di rumah sebab cuti sekolah . mak mc . tetibe kakak kata nak buat popia carbonara . sedap kan ? viral betul popia cheese carbonara ni tapi kami tk pernah buat lagi . so dia start kereta and drive beli barang .
BAHAN- BAHAN
🌸bawang holland dipotong mayang (kami tak guna bawang pun)
🌸 sos prego carbonara (botol color biru)
🌸 kulit popia
🌸 carrot (disagat)
🌸sosej (dipotong bulat kecil)
🌸 cheese keping
CARA-CARA
🌷 panaskan minyak
🌷 kalau yang guna bawang tumis dulu bawang . kalau tak macam kitorang terus masukkan sos prego
🌷 masukkan cheese keping . kami masukkan 1 keping je cheese
🌷 masukkan air sedikit dan tunggu sampai sos pekat sedikit
🌷 dah nampak pekat sikit perasakan dengan serbuk blackpepper. farah suka serbuk blackpepper aji-shio
🌷 masukkan sosej .biarkan lagi pekat sebab kita nak gulungkan dalam kulit popia kan
🌷 last, masukkan carrot dan kacau rata sehingga carrot lembut dan kuah pekat
🌷 done for the inti . let's into the next step !
sediakan kulit popia dan cheese keping . kitorang potongkan kecil-kecil je cheese tu hihiii.
dah siap gulung ....
satu sos prego botol besar boleh dapat dalam 23 biji 😚
jom kita gorengg 😊
🌷 and popia cheese carbonara is done with love ❤️
everything you make is great when you with beloved people 💕
love,
faradila ❤️
Labels: homemade with love, keluarga, kisah housewife, memasak, resepi best, resepi masakan, resepi mudah, resepi popia, resepi popia cheese carbonara, resepi viral
resepi : BIHUN GORENG SINGAPORE
![]() Hi Assalamualaikummm 💕
ini bihun goreng singapore pertama farah 😊 sebelum ni buat bihun goreng merah atau kicap je . itupun banyak kali fail 👎 tapi tak sangka bihun goreng singapore lagi senang dari bihun goreng lain . lepasni memang farah asyik buat bihun goreng singapore jelah 😁
bahan bahan :
🌸 bawang putih dan bawang besar
🌸 bihun
🌸 isi ayam dan udang
🌸 fishball dan fishcake
🌸 carrot dan kobis
🌸 sos blackpepper
🌸 sebiji telur (depend dengan berapa kuantiti bihun tauu)
cara cara :
🌷 panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar
🌷 masukkan sos blackpepper . farah first time tau dan tak suka blackpepper sebab panas lada so farah letak sikit je tadi . tapi nak lagi sedap masukkan je banyak sikit okay
🌷 masukkan isi ayam dan udang serta carrot . carrot masuk awal sebab nak bagi lembut
🌷 pecahkan telur
🌷 perasakan dengan garam
🌷 dah sedap kan ? masukkan bihun serta kobis dan gaul sampai sebati
🌷 BIHUN GORENG SINGAPORE DONE WITH LOVE ❤️
SELAMAT MENCUBA ✨
with love,
faradila ❤️
Labels: resepi best, resepi bihun goreng singapore, resepi bihun putih, resepi bihun singapore, resepi masakan, resepi mudah, resepi sedap, resepi surirumah |



















