Farah 'Adila
Girlies in De House ♥
refresh profile fav blog recipes tips review



established 2011
FROM A GIRL TO A LADY
FROM SINGLE TO MARRIED ☺
Alhamdulillah Allah bawa awak kesini untuk berkenalan dengan saya . Terima kasih ☺

FOR ANY COLLABORATION, REVIEW AND ADVERTORIAL CONTACT ME AT
✓ email: syadila11@gmail.com
✓ whatsapp: 0182894220
✓ ig : @farahadila96






SPM 9A
MASUK U
SPA (KKM)
KERJA TETAP
KAHWIN



Journey Dental Surgery Assistant ( part 4 )





Bismillah . Assalamualaikum . fuh, I'm trying to typing fastest I can do because there's many work that waiting for me .

now, let's flying to Orthodontik Specialist Experience .

Image result for orthodontist

mesti ramai yang teruja kan ? sebab pakar ni berkaitan dengan BRACES ataupun PENDAKAP GIGI .sekarang kan trend muda mudi pakai braces . tapi bukan senang tau nak pakai braces ni . ada kriteria dia sendiri .



PENYEBAB UMUM kenapa kena pakai braces ?


  • ketidakseimbangan saiz antara rahang atas dan rahang bawah
  • ketidakseimbangan antara saiz gigi dan saiz arkus pergigian
  • faktor tisu lembut
  • tiada pembentukan gigi (Anadontia keseluruhan/Anadontia separa)
  • kehilangan awal gigi desidus
  • kehilangan gigi kekal
  • kelewatan pengeksfoliatan gigi desidus
  • gigi berlebihan
okay faham tak ? camni lah , senang cite faktor untuk pakai braces yang boleh dilihat oleh mata kita yang tak belajar tentang dentistry ni adalah pesakit yang gigi jongang, gigi serabut, gigi jarang , dan rahang bawah kedepan . so orang yang macamni yang seharusnya pakai braces bagi comelll lagi senyuman tu hihiii .

hakak nak bagitahu la serba sedikit prosedur rawatan pasang pendakap gigi ni di KLINIK PERGIGIAN KERAJAAN memandangkan ramai yang keliru and nak tahu .

👉semua klinik pergigian kerajaan di Malaysia mengambil pesakit yang berumur 16 tahun ke bawah sahaja .dan untuk menjadi pesakit Ortodontik mestilah memenuhi ciri-2 di atas . kalau setakat sikit sangat jarangnya tak payahlah nak buat . kesian lah orang lain yang JO tu . kalau di Taiping pakar tak terima jarang and JO sikit je .
👉untuk ibu bapa yang rasa anak dia perlu buat braces , dia kena tunggu lah anak dia ni tumbuh semua gigi kekal dahulu then baru boleh daftar dengan Ortodontik .
👉macamana nak daftar ? tak boleh melulu je tau pergi ke Klinik Pakar tu . ada caranya . caranya camni . korang kena pergi dulu ke klinik primary which is klinik pergigian biasa then nurse akan merawat kanak-2 dan budak sekolah . bagitahu dekat nurse yang korang nak buat braces . nurse akan tengok sesuai ke tak untuk masuk Pakar Ortodontik .dah sesuai, korang kena check ORAL HYGIENE dahulu at least 3 kali sebab pakai braces ni kena pastikan oral hygiene betul-2 memuaskan . kalau biasa macamni pun tak berus bersih-2 tambah pulak time pakai braces . kalau pakar di Taiping memang sangat mementingkan kebersihan mulut . siap marah patient lagi kalau mulut tk bersih . haa jangan main-2.
👉dah pass oral hygiene , doctor di primary akan tulis surat refer ke Pakar Ortodontik . yeayyy na mausk pakar dah kan . tapi pakar ni ada waiting list dik~ . sebab ramai sangat so terpaksa kena buat waiting list .so adik-2 kena tunggu lagi 3 atau 4 tahun baru boleh pakai braces . tengok lah kalau tempat tak busy mungkin dalam setahun 2 je boleh dah start pakai . sambil-2 tu teruskan dengan good oral hygiene kayy.
👉caj rawatan hakak tak berani nak bagitahu sebab bila doctor pakar terangkan nanti baru tahu sendiri ye . tapi ada pengecualian bayaran untuk pelajar yang mempunyai ibu bapa berkerja KERAJAAN dan PESARA KERAJAAN . dan pengecualian bayaran pendaftaran jika membawa SURAT SEKOLAH . 

jelas tak dengan penerangan tadi? heheee . so my journey in ORTHODONTIC SPECIALIST started in April-June 2016. time aku masuk tu ada 2 pakar . tapi satu lagi pakar tu dah nak berpindah ke Ipoh so pakar yang baru akan gantikan dia .DOC SOH pakar lama dekat situ . semua orang cakap dia baik . How I wish I got to work with her a  bit longer .hmm . just 2 weeks with her . aku belajar untuk pass module dengan dia lah . and aku perasan acara aku pass module different sangat dengan staff .hahah .okay I got my own style ;)



first week memang rasa nak maki je . boleh pulak pakar baru tu cakap apa , "farah harini dah second day, gear 2 lah . esok hari ketiga gear 3 pulak". you get it ? maksudnya dalam masa seminggu dia nak aku mahir dengan kerja-2 di pakar ni . seriously pakar Ortodontik mempunyai banyak instrument yang pelik-2 and cara kerjanya lain sangat dari primary .

I got too stress in a month . there's 2 months more . erghhhh .But only me can calm myself . so I tell myself that I can do it . If I can't pun I MUST do it . hahaha . dengan pakarnya sesuka hati marah kita depan patient, dengan sisternyaa kelam kabut entah pape , nasib baik stafff okayy .

nak masuk bulan ketiga, Alhamdulillah aku semakin mahir . and I loves to pass module and power chains to doctor . bancuh alginate guna mixer hahaha . and nak pass ligature dengan instrument yang banyak . I loves it .







so , nak keja dekat Pakar Ortodontik kena kuat MENTAL dan FIZIKAL. mental nak kena hadap perangai patient yang rata-2 dari family background yang "WOW" and patient nya sendiri educated, belajar dekat U yang "GAH-GAH" .fizikal sebab kau kena bekerja tak duduk , 5 minit sekali patient weh . and sehari dekat 40 patient . bila patient datang tercabut bracket, buccal tube, wire patah ke apa, jadi bengang kot .dah bertambah kerja nak kena buat . 

thankyouu to ORTHODONTIC SPECIALIST TAIPING sebab banyak mengajar and tegur kalau buat silap . kerja kat ortho ni memang rasa macam jadi staff hehe ,sebab dorang biarkan kita bekerja dengan pakar sendiri . terima kasih sebab beri peluang ikut lawatan ke Parit Buntar, buat patient kat sana . first student yang dapat ikut keluar klinik hehee . and terima kasih staff yang sporting , kak Mona, Kak Puva , Kak Mira and Kak Adda .



p/s : I taknak kerja kat Ortho .hahaha

much love,
faradila ♥




Labels: , , ,



Blogger Eyqa Zaque said...

What doesnt kill us makes us stronger. Yeay skrg awak da pakar. :D

 
Blogger Unknown said...

Sorry, I'm just dental assistant not a Pakar. Hehee

 
Blogger Afifah Nabila said...

The maggots look really digusting... Btw, stay strong and all the best in everything! :)

 
Blogger Renee Yurovsky said...

Thanks for taking the time to share this wonderful post with us. This was just great to read all the informative information in braces that you provided. Have a great rest of your day.
Dentist Philadelphia

 

Post a Comment