|
Journey Dental Surgery Assistant (part 2)
Assalamualaikum . jom sambung entry tentang DSA atau Dental Surgery Assistant . entry lepas ada intro pasal DSA here .so entry ni pulak nak story experience mula-2 masuk praktikal 👯 masa dekat kolej kitorang kena isi 2 negeri pilihan untuk PLA (Penempatan Latihan Amali) . aku letak dua-2 PERAK which is tak boleh sebenarnya . tapi aku tak kira . memang aku nak sangat perak sampaikan aku tulis lagi sebelah tu (TAIPING) . hahaha . Alhamdulillah nasib aku baik , aku dapat PERAK. tapi yang mana pilih perak semua dapat sebab tak ramai pun yang mintak . pelatih dari negeri perak tak ramai . so memang bernasib baik . ramai yang dapat tempat sendiri jugak . tapi kelantan, terengganu, sabah dan sarawak kan ramai so yang selebihnya dorang macam dicampak je ke negeri lain . ❤ 051015 untuk tahu PLA mana, kitorang kena lapor diri di Bangunan Tabung Haji di Ipoh . siap packing barang juga in case dapat daerah lain. berdebarnya nak tunggu dapat mana tu YaAllah tuhan je tahu .dalam hati berdoa sangat dapat LMS (Larut Matang Selama) . first nama memang LMS tapi tetibe matron cakap aku orang LMS so tak boleh dapat tempat sendiri. plus, dia cakap aku muda lagi . then puas berbudi bicara dengan dia Alhamdulillah dia bagi jugak LMS . leganyaaa . aku dengan sorang lagi nama Farhana dapat LMS . so dari Ipoh kami jumpa dekat Klinik Kesihatan Taiping .lapor diri dekat sini . doctor orientasi kan kami .berkenalan dengan staff-2 . then masuk bilik surgery terus kena assist . but tengok-2 dulu lah . pemerhatian je dulu . gilaa hang taktahu nak buat pape lagi terus nak assist .dengan taktahu nak ambik barang apa , tak familiar dengan tempat .jangan buat pasaiii 💫 disini, setiap hari jumaat kitorang akan dapat satu kelas tutorial dimana doctor-2 kat sini bergilir minggu ajar kitorang . pengajar dekat kolej dulu ada bagitahu . so hari jumaat baru kitorang boleh jumpa senior and super senior dari pakar-2 . batch super senior dua orang. dua-2 PSL (pelantikan secara latihan) which is dorang dari PPK ke DSA .senior atas kitorang pulak 3 orang .sorang PSl dua orang freshie .freshie ni macam kitorang lah .bukan dari PPK, bukan ada kena mengena lagi dengan kesihatan . best bila dengan pengalaman dorang yang dah lama berpraktikal dekat Taiping nih . and banyak juga kitorang simpan sebagai pelajaran lah time praktikal nih . aku jenis susah nak familiar dengan sesuatu tempat . dekat sini memang betul-2 kitorang kena belajar . sebab dekat kolej 3 bulan je . kami belajar benda basic je like how to mix alginate, bahan tampalan , pasang jarum di katrij , pasang matrix band . cemtu je . bila praktikal, kami belajar berdepan dengan patient, forceps cabutan, charting gigi, basuh bahan rendaman, bagi arahan selepas cabutan dekat patient, then layan ragam patient . kerja-2 ni kena pantas . I admit that I slow sikit bab kemahiran . and my communication skill is so poor. mula-2 nak belajar Ya Allah dugaan sangat . banyak buat silap, banyak kena tegur , lambat charting , kena marah dengan doctor (doctor nak cepat bahan tampalan so kena mix cepat), selalu fail mix filling . lepastu nak cari barang pulak selalu tk jumpa . then, kalau ambil xray, xray solution selalu kena baju. kotor dia macam baju kita bertahi lalat tau . stresss sangat . 3 bulan dekat primary seksa sangat . patient ramaii , but lama kelamaan dah tahu barang senang sikit kerja . dah terbiasa . arahan selepas cabutan untuk patient pun dh semakin lancar . kalau doctor susah nak cabut gigi patient pun tak payah disuruh, terus je pegang kepala patient supaya tak gerak-2 bila doctor nak cabut. tapi sebelum tu mintak izin lah kat patient, "encik/cik/puan, saya pegang kepala ye". sebulan duduk dekat kaunter . .previous entry aku ada tulis pasal experience aku kat kaunter . boleh baca sini .yess i love work at counter . sebab tak letih .layan orang dekat kaunter je . tapi sapa kata kerja kat kaunter senang ? tak lah . kitorang punya cabaran ialah berdepan dengan ragam patient .ada yang marah-2 sebab nombor tak panggil lagi sedangkan dia pun boleh faham kot patient ramai sangat menunggu macam dia . lepastu ada juga patient yang refuse nak bayar padahal rawatan pergigian adalah rawatan yang sangat murah di kerajaan . rm1 sahaja untuk cabutan . tapi dia cakap pulak "eh kenapa saya kena bayar lagi ? saya dah bayar tadi rm1 dekat kaunter". ye encik, rm1 untuk pendaftaran, rm1 lagi untuk cabutan , so total rm2 . and ada juga patient yang taknak daftar tapi nak jumpa doctor . dia cakap nak jumpa sekejap je . jangan lah potong line . kena lah daftar macam orang lain . awak ingat nak jumpa doctor macam nak jumpa kawan je ke .. macam-2 lah pe'el patient nih .kekadang rasa nak bagitahu, " tolonglah faham kitorang . kitorang ni bekerja . ada rasa letih, penat. tunggu lah sekejap . kitorang tak penah nak buang-2 masa nak bagi korang tunggu lama-2 . please letak tempat awak di tempat kitorang baru korang tahu camne 😇 so , habis 3 bulan practical di primary care . jom, masuk pakar pulak . dup dap dup dap 💓 next entry, PERIODONTIC SPECIALIST 👏 |
Farah nie ambik course pergigian la yea.. Adik akak pun dalam bidang pergigian jugak, baru setahun bertugas di klinik pergigian setapak.. =)
Post a Comment