|
|
Journey Dental Surgery Assistant ( part 4 )
![]() ![]() Bismillah . Assalamualaikum . fuh, I'm trying to typing fastest I can do because there's many work that waiting for me . now, let's flying to Orthodontik Specialist Experience . mesti ramai yang teruja kan ? sebab pakar ni berkaitan dengan BRACES ataupun PENDAKAP GIGI .sekarang kan trend muda mudi pakai braces . tapi bukan senang tau nak pakai braces ni . ada kriteria dia sendiri . PENYEBAB UMUM kenapa kena pakai braces ?
okay faham tak ? camni lah , senang cite faktor untuk pakai braces yang boleh dilihat oleh mata kita yang tak belajar tentang dentistry ni adalah pesakit yang gigi jongang, gigi serabut, gigi jarang , dan rahang bawah kedepan . so orang yang macamni yang seharusnya pakai braces bagi comelll lagi senyuman tu hihiii .
hakak nak bagitahu la serba sedikit prosedur rawatan pasang pendakap gigi ni di KLINIK PERGIGIAN KERAJAAN memandangkan ramai yang keliru and nak tahu .
👉semua klinik pergigian kerajaan di Malaysia mengambil pesakit yang berumur 16 tahun ke bawah sahaja .dan untuk menjadi pesakit Ortodontik mestilah memenuhi ciri-2 di atas . kalau setakat sikit sangat jarangnya tak payahlah nak buat . kesian lah orang lain yang JO tu . kalau di Taiping pakar tak terima jarang and JO sikit je .
👉untuk ibu bapa yang rasa anak dia perlu buat braces , dia kena tunggu lah anak dia ni tumbuh semua gigi kekal dahulu then baru boleh daftar dengan Ortodontik .
👉macamana nak daftar ? tak boleh melulu je tau pergi ke Klinik Pakar tu . ada caranya . caranya camni . korang kena pergi dulu ke klinik primary which is klinik pergigian biasa then nurse akan merawat kanak-2 dan budak sekolah . bagitahu dekat nurse yang korang nak buat braces . nurse akan tengok sesuai ke tak untuk masuk Pakar Ortodontik .dah sesuai, korang kena check ORAL HYGIENE dahulu at least 3 kali sebab pakai braces ni kena pastikan oral hygiene betul-2 memuaskan . kalau biasa macamni pun tak berus bersih-2 tambah pulak time pakai braces . kalau pakar di Taiping memang sangat mementingkan kebersihan mulut . siap marah patient lagi kalau mulut tk bersih . haa jangan main-2.
👉dah pass oral hygiene , doctor di primary akan tulis surat refer ke Pakar Ortodontik . yeayyy na mausk pakar dah kan . tapi pakar ni ada waiting list dik~ . sebab ramai sangat so terpaksa kena buat waiting list .so adik-2 kena tunggu lagi 3 atau 4 tahun baru boleh pakai braces . tengok lah kalau tempat tak busy mungkin dalam setahun 2 je boleh dah start pakai . sambil-2 tu teruskan dengan good oral hygiene kayy.
👉caj rawatan hakak tak berani nak bagitahu sebab bila doctor pakar terangkan nanti baru tahu sendiri ye . tapi ada pengecualian bayaran untuk pelajar yang mempunyai ibu bapa berkerja KERAJAAN dan PESARA KERAJAAN . dan pengecualian bayaran pendaftaran jika membawa SURAT SEKOLAH .
jelas tak dengan penerangan tadi? heheee . so my journey in ORTHODONTIC SPECIALIST started in April-June 2016. time aku masuk tu ada 2 pakar . tapi satu lagi pakar tu dah nak berpindah ke Ipoh so pakar yang baru akan gantikan dia .DOC SOH pakar lama dekat situ . semua orang cakap dia baik . How I wish I got to work with her a bit longer .hmm . just 2 weeks with her . aku belajar untuk pass module dengan dia lah . and aku perasan acara aku pass module different sangat dengan staff .hahah .okay I got my own style ;)
first week memang rasa nak maki je . boleh pulak pakar baru tu cakap apa , "farah harini dah second day, gear 2 lah . esok hari ketiga gear 3 pulak". you get it ? maksudnya dalam masa seminggu dia nak aku mahir dengan kerja-2 di pakar ni . seriously pakar Ortodontik mempunyai banyak instrument yang pelik-2 and cara kerjanya lain sangat dari primary .
I got too stress in a month . there's 2 months more . erghhhh .But only me can calm myself . so I tell myself that I can do it . If I can't pun I MUST do it . hahaha . dengan pakarnya sesuka hati marah kita depan patient, dengan sisternyaa kelam kabut entah pape , nasib baik stafff okayy .
nak masuk bulan ketiga, Alhamdulillah aku semakin mahir . and I loves to pass module and power chains to doctor . bancuh alginate guna mixer hahaha . and nak pass ligature dengan instrument yang banyak . I loves it .
so , nak keja dekat Pakar Ortodontik kena kuat MENTAL dan FIZIKAL. mental nak kena hadap perangai patient yang rata-2 dari family background yang "WOW" and patient nya sendiri educated, belajar dekat U yang "GAH-GAH" .fizikal sebab kau kena bekerja tak duduk , 5 minit sekali patient weh . and sehari dekat 40 patient . bila patient datang tercabut bracket, buccal tube, wire patah ke apa, jadi bengang kot .dah bertambah kerja nak kena buat .
thankyouu to ORTHODONTIC SPECIALIST TAIPING sebab banyak mengajar and tegur kalau buat silap . kerja kat ortho ni memang rasa macam jadi staff hehe ,sebab dorang biarkan kita bekerja dengan pakar sendiri . terima kasih sebab beri peluang ikut lawatan ke Parit Buntar, buat patient kat sana . first student yang dapat ikut keluar klinik hehee . and terima kasih staff yang sporting , kak Mona, Kak Puva , Kak Mira and Kak Adda .
p/s : I taknak kerja kat Ortho .hahaha
much love,
faradila ♥
Labels: braces, Pakar Ortodontik, pembantu pembedahan pergigian, pendakap gigi
Journey Dental Surgery Assistant ( part 3 )
![]() ![]() Assalamualaikum .. haiii jumpa lagi :) actually nak habiskan post about DSA nih cepat-2 sebab rasanya banyak sangat entry yang tertangguh and rasa nak share dengan readers semua :) lepas habis exam yang berlangsung selama 2 hari , kami bergerak ke pakar masing-2 . aku Periodontic and Ana Pedodontik/Paeds. okay let's start with "What is Periodontic and What Disease that can be Referred to Periodontic Specialist?" meh hakak nak buat kelas sikit heheh . okay, Pakar Periodontik adalah pakar yang akan menangani pesakit yang mempunyai masalah GUSI . ye gusi . 2 common disease adalah GINGIVITIS and PERIODONTITIS .jom tengok apa beza keduanya. GINGIVITIS - adalah keradangan gusi atau gusi mengalami infection. Gingivitis cuma melibatkan gusi tetapi tidak termasuk tisu penyokong yang lain. ada 2 jenis peringkat iaitu MILD and SEVERE. faktor-faktor mempengaruhi : mikroorganisma, kalkulus impak makanan dan mulut terbiar restorasi atau aplians tidak sempurna pernafasan melalui mulut maloklusi ubat-ubatan atau agen kimia PERIODONTITIS - adalah keradangan yang melibatkan tisu periodontium termasuk gingiva /gusi. faktor lebih kurang sama dengan GINGIVITIS . so ,ini serba sedikit pengenalan mengenai PERIODONTIK . korang boleh tahu sendiri korang mempunyai masalah PERIODONTITIS kalau
caranya korang kena berus gigi dengan sempurna .itu sahaja :) kalau berdarah pun teruskan memberus. lama-2 takkan berdarah dah .
okay masuk balik pakar. procedure dekat sini pelik sikit haha .sebab tak buat kat primary . yang sama dengan primary adalah cabutan,tampalan and scalling .dekat sini buat profilaksis, scalling gila-2 punya lama sebab nak buang kalkulus yang haihhh tepuk dahi hakak mengenangkan , crown, implant gingivectomy and RCT .
andd yang paling unik di PERIODONTIK adalah CHARTING form yang pelikkk but i likeeee ~ hihihii .
I searched normal charting teeth that i usually use but I can't reached it, sorry :(
perio charting form
berbeza tak ? Alhamdulillah cepat jugak aku dapat tangkap charting nih walaupun kekadang ada jugak salah .
over all, periodontic specialist 👍👍👍
next, ORTHODONTIC SPECIALIST. sape yang nak tahu pasal braces ni jangan terlepas ye next entry . hihiii 💞
love,
faradila ♥
Labels: DSA, pakar periodontik, pembantu pembedahan pergigian, peridontic specialist, scalling |








