|
|
pengalaman dapat detect pregnant !
![]() Hai Assalamualaikum .. selamat bercuti semua ❤️ before that, let me explain . post ini bukan untuk membangga diri, hanya untuk kenangan diri sendiri dan juga panduan untuk sesape yang senasib 😍 Allahuakbar .. syukur kepadaMu yaRabbi . akhirnya Engkau makbulkan juga doa doa kami ini. lets into the topic gais . sejak buka sekolah mak tak mampu dah nak drive kereta hari hari ke tempat kerja so memandangkan farah je yang free farah lah yang ambik mak dari sekolah since abah dah hantar mak . adik farah baru lepas spm and tengah belajar drive, belum dapat lesen lagi so takpe farah cakap farah je yang ambik mak sementara dia nak dapat lesen. kaktin, harap hang lulus ye 🌹 and sepatutnya period farah start 15hb .seminggu sebelum tarikh farah dah start rasa macam nak period . rasa senggugut so dalam hati farah "em takde rezeki lagi" .sampai lah 15hb jan farah still ligat bawak kakak and airin ke klinik, balik klinik kejap pegi ambil mak pulak kat tempat kerja .but period tak keluar keluar pun . esoknya ligat juga drive .pagi bawak abah ke tempat kerja sebab kereta abah rosak, petang ambik mak then bawak ke hosp , mak sakit kaki terpaksa jumpa doc . sampai bibir farah kering sangat . farah rasa letih sangat and muka farah pucat. terpaksa suruh adik belikan air sebab terlampau dahaga . bibir farah merekah habis. otw nak balik singgah beli makanan kejap kat kedai ,farah bersembang dengan kakak. akak cakap dah berapa hari missed period. farah cakap baru 2 hari. bulan lepas 15hb .kebetulan tarikh tu sama dengan airin lahir. akak cakap bukan ke dah 33 hari ? farah cakap baru 2 hari missed. harini kan 17 . akak cakap , "bulan 12 kan ada 31 hari. so kalau ikutkan dah 3 hari missed period ni" . oh ye tak ye . farah cuma ingat tarikh 15hb je ingat 30 hari cycle . so kalau farah period means 14hb lah datang . masa makan nasi yang beli tu farah rasa masin. mak tengok farah makan slow je. macam tk mampu nak habiskan . padahal farah memang kuat makan dah sekarang kan . then mak tanya . farah cakap ,"nasi ni masin kan" then semua orang cakap TAK LAH . takkan farah punya nasi je yang masin 🤔 balik rumah , malam tu mak whatsapp. suruh check UPT . farah taknak check lagi sebenarnya sebab yelah dah banyak kali frust dengan UPT result.farah taknak kecewa lagi. and sebenarnya farah dah pun place order UPT di shopee cuma lambat sikit sampai . takpelah lambat pun . kalau test awal awal kalau takde kita juga hampa . tapi fikir balik bila mak cakap "bukan apa, kita boleh berjaga jaga kalau dah ada" .so farah pun suruh la husband belikan UPT malamtu . tapi check pagi esoknya farah perasan , 2 malam dah farah tido asyik terjaga je . 17hb, still farah terjaga juga . sampai dah banyak kali terjaga , time tu pukul 4 farah dah tak boleh tidur . lapar sangat. farah pegi kencing dulu ,tapi farah simpan urine farah dalam bekas dulu sebab nak check UPT . actually berbelah bahagi nak check ke tak . farah makan biskut .lepas makan baru farah check . bismillah..... tak sampai seminit, 2 line ! Allahuakbar ! 😭😭😭
farah macam tk percaya. kalau ada lagi 1 upt farah check lagi sekali. farah ingatkan farah akan nangis tapi tak , farah sengih sampai ke bulan ! penantian dah berakhir 🌹
tak lama lepastu farah muntah semua biskut yang farah makan . nope, bukan morning sickness. perut farah terlampau kosong sebabtu muntah.
farah whatsapp mak and mak suruh balik rumah . farah boleh nampak semua family farah happy dengan berita ni ☺️
mak ajak pegi klinik hari tu jugak untuk sahkan pregnancy.
pukul 3 lebih kami pergi ke klinik pakar sakit puan. doc scan rahim farah tapi dia cakap kosong ! takde apa . then dia suruh pegi test urine lagi .farah berdebar sangat sangat . tapi bila check upt tu positif juga . so doc cakap farah memang sah pregnant cuma kandungan masih terlalu awal . farah dapat detect awal . baru 4 weeks farah dah dapat detect. kandungan masih di tube and dia suruh datang balik seminggu lagi.
farah still risau. farah google ,ada yang bagus ada yang tak bagus . lagi farah risau . but farah tanya kawan farah, dia pun 4 weeks juga . dia cakap 6 weeks baru nampak bila scan . fuhh farah lega sangat . so korang , kalau dapat detect awal macam farah tolong jangan pergi klinik awal awal . nanti korang risau macam farah .
so mama and abah 's junior, jumpa lagi 2 weeks ! ❤️
semoga post ini dapat membantu korang yang taktahu korang tengah pregnant ke tak , and membantu korang bila boleh scan pregnancy . ini cuma pengalaman farah . setiap orang berbeza simptom ,pls ingat ni ye 😊
with love,
faradilaa ❤️
Labels: 4 minggu mengandung, cara mengesan kehamilan, pengalaman dapat detect pregnant, pregnancy tips, pregnant, pregnant4 weeks, tips check hamil
opk salah satu cara ikhtiar hamil
![]() Hai Assalamualaikum Salam Jumaat semua . semoga sentiasa di bawah lindungan Allah 🌹 farah nak share something yang sangat benefit kepada sesiapa yang ingin cepat2 dapat zuriat dan yang sedang ttc (trying to conceive) pernah dengar OPK ? untuk yang sedang ttc tapi tak pernah dengar ni meh farah nak gitau . OPK is Ovulation Predictor Kit , sejenis alat yang boleh mengesan waktu kesuburan wanita . ia adalah sejenis strip, sama seperti UPT (urine pregnancy test) tetapi ia khas untuk mengesan hormon LH iaitu hormon kesuburan di dalam badan. so korang boleh tahu bila tarikh subur korang. farah nak tanya, sebelum ni korang tahu tak bila korang subur ? atau korang main agak je ? atau korang just tengok dalam apps ovulation dalam phone ? actually kan , farah pun taktahu bila farah subur . kata doc ,hari subur wanita dari hari ke 10-16 .dan hari paling subur adalah hari ke 14 . yeap, farah memang ikut apa orang kata . hari ke 14 la, bersama berselang hari dari hari ke 10 hingga hari 16 lah . but still ttc 9 bulan . paling tertipu rasa diri ini bila 3 4 bulan juga farah taksub sangat dengan apps period tracker ,yang kita boleh tahu juga bila ovulation kita . gais, sebenarnya tak betul pun .kita pun taktahu bila ovulation kita, apps tu cuma predict je ikut sains, tapi badan kita semua berbeza setiap orang . kekadang bulan ni hari ke 14 ,bulan depan pulak hari ke 16. macamtu lah . sampai farah jumpa dengan opk . ini pun sebab kawan yang suggest beli dekat ig . sebelum ni farah memang berniat nak beli tapi watson jual mahal sangat. dalam banyak bulan jugak lah farah guna opk (tk ingat beli dari bulan berapa) tapi tak pernah jumpa tarikh subur . sampai rasa nak fed up guna . banyak lagi ikhtiar farah cuba . farah pergi jumpa doc pakar sakit puan untuk check rahim farah, Alhamdulillah doc cakap normal .and doc bagi ubat CLOMID katanya ubat subur . makan masa hari ke 2-5 period . dalam 3 bulan juga farah consume . PENGALAMAN PERTAMA DAPAT TARIKH SUBUR ini moment yang sangat farah tak boleh lupa . kisahnya hari tu farah tak check pun opk tu, entah rasa macam nak give up pun ada , atau dah nak habis waktu subur . sampai pukul 8 malam, husband cakap taknak buat experiment ke ? 😅 farah cakap dah lepas waktunya pun . dia elok check dari pukul 12-2ptg dan pukul 5-7 mlm . tapi husband cakap check jelah . farah pun check . tetibe eh naik positive terang sangat 😲 memang terkejut dan teruja sangat farah waktu tu. terus farah bagitahu husband . then lepas check kami keluar makan. kul 11 balik rumah farah check lagi still terang lagi positive tu . so dengan lafaz bismillah, (you know what i mean🙃) . then bangun pagi farah check lagi dah kabur 😞 really gais, waktu subur farah sangat pendek . tak sampai 48 jam pun . even 24 jam pun tak sampai i think .
ini farah punya opk . start dari ni farah rasa betul betul farah percaya dengan opk ni . ni lah satu satunya cara paling tepat untuk mendapatkan zuriat selain dari cara cara sampingan yang lain .ohh farah punya ovulation hari ke 16 . so tk semestinya hari ke 14 ye .
so korang boleh beli dekat ig i.hamil okayy . akak tu akan guide korang sampai berjaya insyaAllah ☺️
with love,
faradilaa ❤️
Labels: cara mengesan hari subur, hari subur, ikhtiar hamil, one step to pregnancy, opk salah satu cara ikhtiar hamil, opk test, ovulation test, wanita ttc |







