Saya berharap dengan
hasil penulisan saya ini diberkati dan dipelihara oleh Allah s.w.t. Tujuan saya
menulis surat ini kerana saya tidak tahu bagaimana lagi untuk menyampaikan isi
hati ini terhadap awak.
Sedia maklum, awak bukan
seperti wanita yang pernah saya temui. Awak ada hak mutlak keperibadian yang
tinggi yang susah untuk di ganggu gugat oleh para lelaki di luar sana. Sebab
itu saya seolah-olah tidak berani untuk mendekati awak. Saya tahu juga, awak
bukan perempuan yang senang untuk diajak ber"couple". Saya tahu
juga, kasih sayang awak hanya untuk Allah s.w.t dan kedua ibu bapa awak.
Saya lelaki kerdil,
awak. Saya jauh beza jika dibandingkan dengan ilmu, amalan awak dan tahap
keimanan awak terhadapNya. Saya malu untuk mengatakan apa yang terbuku kerna ia
ibarat ada satu tembok penghalang yang memisahkan kita. Saya hargai tembok itu
yang juga memisahkan kita untuk melakukan perkara-perkara yang tiada faedah,
dan akhirnya kita berdua terleka dengan godaan syaitan dan pujuk rayu nafsu.
Saya tahu semua itu. Dan saya tahu awak lebih tahu akan semua itu. Saya tahu
juga yang awak berusaha untuk melarikan diri dari semua itu –takut ada yang
murka dengan perbuatan awak termasuk diri saya sendiri. Iaitu Allah s.w.t.
Saya dari dulu sebelum
mengenali awak lagi, saya sudah percaya akan bercinta selepas nikah itu adalah
yang paling bahagia. Saya tak mahu kasih sayang saya ini, perhatian saya ini
diberikan kepada orang yang tidak layak disisi agama dengan cara ber"couple"
tapi akhirnya tiada apa-apa ikatan. Saya ada asas-asas agama tapi saya perlu
masa lagi untuk perbaiki mana-mana kelemahan saya.
Saya tahu apa yang awak
pegang selama ini. Awak pegang bahawa, " wanita solehah itu aurat dijaga,
pergaulan dipagari, sifat malu pengikat diri, seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya. Kemanisan
wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaanya. Daya penarik wanita solehah
itu bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin dan bukan
pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu dan bukan dan
tidak sama sekali.
Tapi ada satu perkara
yang pasti, saya belum cukup bersedia untuk semua ini kerana saya takut saya
tidak mampu memberikan bimbingan dan layanan yang baik untuk seorang yang saya
boleh katakan hampir sempurna di mata saya. Walaupun awak tak pernah senyum
pada saya, saya pasti awak baik orangnya. Awak garang orang nya. Awak sombong
bertempat. Awak garang bertempat.
Saya harap awak sudi
tunggu saya. Insyaallah, saya akan pastikan semua perkara stabil dari segi
zahirnya dan batin. Saya nak awak hidup sempurna di samping saya. Saya nak
jadikan awak orang yang paling bahgia berada dengan saya.
Seperti awak, saya juga
tidak mahu untuk bercinta sebelum nikah. Kita bercinta selepas nikah. Saat
segalanya telah sedia, izinkan saya untuk meneruskan langkah untuk bertemu wali
awak. Namun, jika awak belum bersedia, saya akan tunggu awak.
Surat ini ikhlas saya
tulis untuk wanita yang pertama ada dalam hati saya..

salam It not easy to get "bidadari" title right :)
InsyaAllah :)
Post a Comment