|
Berhentilah.
Berhenti cakap yang kau sayang aku , Sebab aku tahu itu semua dusta dari kau. Berhenti cakap kau rindu aku , Sebab aku tahu kau cuma ingat aku bila kau bosan. Berhenti stalk aku , Sebab aku tahu kau cuma nak pastikan aku derita tanpa kau. Yaa. Memang aku derita. Derita sebab termakan dengan kata kata magis dari kau. Kau seronok kan tengok aku macamni ? Kau suka kan tengok aku lifeless macamni ? Tergila bayang orang yang cuma nak buat aku jatuh. Yaa aku memang gila. Gila sebab setiap hari tangiskan kau. Kau gembira lah kan tengok aku macamni ? Kau bahagia ? Tuhan. Bantulah aku. Lupakan semua kisah dahulu. Biarkan hidup aku aman. Tanpa tangisan. Tanpa bayangan. Kalau kau boleh bahagia kenapa kau buat aku derita ? Tuhan. Kenapa kau biarkan aku hanyut jauh begini ? Berilah aku dahan. Biarlah kecil pun. Supaya aku boleh berpaut sekuatnya. Tuhan. Hapuskan rasa sayang ini. Hapuskan rasa rindu ini. Berilah aku penjelasan bahawa orang yang aku cintai itu sudah jauh pergi meninggalkan aku. Orang yang aku sayangi itu tidak menyayangi aku. Orang yang aku rindui itu cuma memberikan kata manisnya. Padahal dia tidak mencintai aku lagi. Manusia , Kenapa kau masih terleka ? Kenapa kau masih percaya ? Hawa , Ingatlah ini, Untuk memilih adam, biarlah mereka yang bersungguh menyayangi kamu, bukan kamu yang terlalu menyayanginya. Dan ingatlah, lelaki yang sentiasa menunjukkan effort itulah yang perlu kamu pilih. Bukan sekadar kata kata harapan yang manis di bibir. -faradila- |
Post a Comment