Pages

Friday, June 5, 2015

Be Adult enough to Walk Away from nonsense of Idiot around You ☻

 







 kawan . . . atau kata lain yang lebih rapat lagi "SAHABAT" .
siapa mereka ? apa fungsinya ?

jujur dari hati . dengan semua pengalaman yang aku lalui selama ni ,memang berjanji dengan diri ni , takkan ada lagi insan yang bergelar "sahabat" lagi .

cukup lah . serik untuk percayakan orang lagi .

teringatkan zaman sekolah
dan teringat juga seorang insan yang aku panggil "BFF" kerana berkawan dari sekolah rendah hinggalah saat saat akhir peperiksaan SPM . selepas itu jarang contact .
itu tak mengapa lagi .
aku lebih teringatkan seorang lagi yang sering dipulaukan , dan sering menjadi bahan "gosip" oleh kami kami dalam kelas mahupun di dlm messages .walaupun dia antara yang tercantik di kalangan kitorang .
buat apa cantik tapi akal cetek .
lebih perit mengingatkan dia kerana apabila dia susah aku sering menghulurkan bantuan kerana aku tahu rasa dipulaukan itu sangat sakit .
tapi apa yang dia buat kepada aku sekarang ?
bila dah dapat kawan baru di U mana nak pandang dah kawan yang selalu tolong ni .
"KAWAN" kah aku bagi dia ?

zaman U .
sekali lagi
aku cuba . aku cuba untuk berlawak jenaka bersama .
aku cuba untuk memberi pertolongan bila mereka memerlukan . menjadi telinga untuk mereka luahkan .menjadi bahu untuk mereka bersandar .
tetapi masih kurangkah aku pada mata mereka ?
hanya kerana aku tidak boleh melawak ?
hanya kerana aku ulat buku ?
hanya kerana aku lebih pintar dari mereka dlm segi ilmu ?
atau hanya kerana aku seorang yang pendiam dan sopan santun?

tak . itu bukannya penghalang .
aku cuba untuk buat semua yang mereka inginkan supaya aku dapat bersama .
cuma mereka yang tak dapat mencungkil apa yang aku ada .

disebabkan ini , aku taknak ada "kawan" .
cukuplah sekadar Allah hadirkan seseorang untuk menjadi teman berbicara dan seseorang untuk aku boleh meminta bantuan .
biar sesorang tak apa . daripada jadi bahan orang lagi .
cukuplah pengalaman dulu .

cuma aku minta satu ,
jangan cari aku jika susah .

I GAVE YOU FRIENDSHIP AND IN RETURN YOU GAVE ME BULLSHIT .

Image result for bad friendship quotes

No comments:

Post a Comment

saya sayang awak yang comment ni .terima kasih :)