
Assalamualaikum .. haiii jumpa lagi :) actually nak habiskan post about DSA nih cepat-2 sebab rasanya banyak sangat entry yang tertangguh and rasa nak share dengan readers semua :)
lepas habis exam yang berlangsung selama 2 hari , kami bergerak ke pakar masing-2 . aku Periodontic and Ana Pedodontik/Paeds. okay let's start with "What is Periodontic and What Disease that can be Referred to Periodontic Specialist?"
meh hakak nak buat kelas sikit heheh . okay, Pakar Periodontik adalah pakar yang akan menangani pesakit yang mempunyai masalah GUSI . ye gusi . 2 common disease adalah GINGIVITIS and PERIODONTITIS .jom tengok apa beza keduanya.
GINGIVITIS - adalah keradangan gusi atau gusi mengalami infection. Gingivitis cuma melibatkan gusi tetapi tidak termasuk tisu penyokong yang lain.
ada 2 jenis peringkat iaitu MILD and SEVERE.
faktor-faktor mempengaruhi : mikroorganisma,
kalkulus
impak makanan dan mulut terbiar
restorasi atau aplians tidak sempurna
pernafasan melalui mulut
maloklusi
ubat-ubatan atau agen kimia
PERIODONTITIS - adalah keradangan yang melibatkan tisu periodontium termasuk gingiva /gusi.
faktor lebih kurang sama dengan GINGIVITIS .
so ,ini serba sedikit pengenalan mengenai PERIODONTIK . korang boleh tahu sendiri korang mempunyai masalah PERIODONTITIS kalau
- gusi korang bengkak/berdarah/warna lebam-2
- nafas berbau
- gigi banyak goyang
- sakit dan tidak selesa
- gusi ada nanah
caranya korang kena berus gigi dengan sempurna .itu sahaja :) kalau berdarah pun teruskan memberus. lama-2 takkan berdarah dah .
okay masuk balik pakar. procedure dekat sini pelik sikit haha .sebab tak buat kat primary . yang sama dengan primary adalah cabutan,tampalan and scalling .dekat sini buat profilaksis, scalling gila-2 punya lama sebab nak buang kalkulus yang haihhh tepuk dahi hakak mengenangkan , crown, implant gingivectomy and RCT .
andd yang paling unik di PERIODONTIK adalah CHARTING form yang pelikkk but i likeeee ~ hihihii .
I searched normal charting teeth that i usually use but I can't reached it, sorry :(
perio charting form
berbeza tak ? Alhamdulillah cepat jugak aku dapat tangkap charting nih walaupun kekadang ada jugak salah .
over all, periodontic specialist 👍👍👍
next, ORTHODONTIC SPECIALIST. sape yang nak tahu pasal braces ni jangan terlepas ye next entry . hihiii 💞
love,
faradila ♥



Thanks for taking the time to share this wonderful post with us. I enjoy so much stopping by your blog for your informative articles. Have a great rest of your day.
ReplyDeleteDentist Philadelphia