
Assalamualaikum .siapa pernah main flappy bird? tahu takk apa tu flappy bird ? alaa flappy bird ni salah satu game yang trending sekarang .famous kot .kalau awak bukak twitter memang ramai yang update pasal flappy bird ni .
apa keistimewaan game ni? apa yang bestnya ? farah tak pernah main ,dan bila dengar orang stress gilaa bila main game ni terus farah taknak download flappy bird .farah tak suka benda remeh temeh macamni buat farah stress hahaha .yang farah tahu, orang cakap game ni simple je tapi susah sangat nak score .ohh patut tension semacam je sapa yang main game ni .
dan dengarnya game flappy bird ni dikeluarkan dari Appstore dan Playstore .betul ke ?
Flappy Bird Ditarik Daripada Apple AppStore Dan Google Play Store
Diterbitkan pada February 10, 2014 oleh Aman
Seperti mana yang dijanjikan pembangunnya, ia dilihat penyenaraian Flappy Bird pada kedai aplikasi Apple dan juga Google telah ditarik balik, membuatkan ia tidak lagi ditemui sekiranya pengguna membuat carian dan sebagainya.
Buat masa ini, menggunakan pautan terus, pengguna masih boleh mengaksesnya sama ada pada Apple AppStore atau Google Play Store – berkemungkinan mengambil sedikit masa untuk mengambil kesan pada kedua-dua kedai aplikasi berkenaan.
Flappy Bird sebelum ini telah menjadi salah satu permainan yang diperkatakan ramai, disebabkan oleh kesukaran mendapatkan markah menggunakannya.
Pembangunnya dilihat tidak begitu selesa dengan perhatian media yang diberikan, sekaligus membuatkan aplikasi berkenaan ditarik kembali. Pada masa yang sama, ia juga turut dikaitkan dengan pelbagai kontroversi lain seperti rekaan grafik yang menyerupai permainan lain dan sebagainya.
Apa pun, kejayaan permainan tersebut mendapat perhatian di hati pengguna merupakan salah satu perkara yang hangat diperkatakan – apatah lagi untuk permainan yang dibangunkan oleh hanya seorang sahaja.
Permainan Flappy Bird yang sedia dipasang pada peranti Android dan iPhone masih boleh dimainkan seperti biasa, dan hanya pemasangan baru sahaja dilihat terkesan dengan penarikan semula aplikasi ini.
sumber: http://amanz.my/2014/02/flappy-bird-dibuang-2/
samalaa kita . fara pun baca ramai yang cakap flappy bird nih tension . terus batalkan niat nak install . Hehe .
ReplyDeletehai dear, jom join GA ni ( http://aliyahsyofia.blogspot.com/.../first-giveaway... ) Hadiahnye baucer pembelian RM50^^.btw, done follow u
ReplyDelete